Followers

Saturday, 15 December 2012

DAPigs Makin Resah Menjelang PRU13


Kepimpinan DAPigs hari ini tahu bahawa menghadapi pilihan raya ke13 dalam keadaan dan suasana politik yang sebegini sudah pasti menyukarkan Pakatan Haprak untuk mendapat kepercayaan rakyat.

Walaupun ramai yang tahu DAPigs mendapat bantuan dan nasihat dari tangan-tangan ghaib tetapi mereka gusar kini kerana rakan dalam Pakatan Haprak iaitu PAS dan PKR kini semakin hilang rentak dan pengaruhnya.

Pelbagai kesilapan demi kesilapan yang dilakukan secara terbuka oleh PAS dan PKR menyebabkan DAPigs terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi memastikan PR terus relevan sebagai satu pasukan pembangkang di Malaysia.

Namun kerana lemahnya ikatan ini maka dasar mereka sendiri menjadi tidak jelas dan kerana itulah masing-masing dilihat mengeluarkan kenyataan sesuka hati sedangkan ianya langsung tidak relevan dengan apa yang di persetujui dalam gandingan PR sebelum ini.

Inilah yang menjadi masalah kepada DAPigs hari ini kerana mereka tahu rakan gandingannya kini melebih-lebih dalam beberapa perkara.

Di Selangor contohnya pemimpin DAPigs sendiri kini mengakui bahawa Pakatan Haprak GAGAL sebagai sebuah kerajaan yang baik.Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Haprak yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini kata Teng, Pakatan Haprak telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yanbg dahulunya dijanjikan.

Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah Pakatan Haprak.

Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.

Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Haprak akan mendapat markah yang corot dan gagal.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.Baca Seterusnya.

Begitu juga di Pulau Pinang apabila Rejim DAPigs di bawah pimpinan Guan Eng terlalu sombong hinggakan rakyat kini sudah boleh menilai siapa Pakatan Haprak.

Antara kesilapan DAPigs paling besar di Pulau Pinang adalah mengakui bahawa mereka sebenarnya RASIS serta bersikap sombong serta bongkak.Ini diakui sendiri oleh pimpinan dalam parti tersebut apabila mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO lah parti yang menjadi musuh lama dan ketat kepada DAPigs.

Apakah maknanya ungkapan tersebut ? Baca Sini 

Kemudiannya apabila dasar pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang jelas sekali menidakkan sumbangan parti PAS apabila wakil mereka yang memenangi satu kerusi langsung tidak diberikan sebarang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.Ini sedikit sebanyak merencatkan imej pentadbiran Guan Eng malah tindakan PAS sendiri yang sanggup mencacaikan diri sendiri menyebabkan sokongan orang-orang Melayu semakin terhakis.

Slogan yang digunakan oleh pentadbiran Guan Eng iaitu CAT ternyata memakan diri apabila yang terlaksana jauh menyimpang dari apa yang digembar gemburkan.Janji mereka yang langsung tidak di tunaikan menjadikan Rejim DAPigs di Pulau Pinang semakin terhimpit.Baca Sini

Kerana itulah hari ini Rejim DAPigs memulakan apa yang MMI gelarkan sebagai "Damage Control"  iaitu satu perancangan yang cukup licik demi kelansungan mereka untuk terus berkuasa.Cukup jelas sekali Guan Eng yang kini turut bermasalah dengan pimpinan parti sendiri kini sedang mengatur strategi untuk memastikan beliau dan dinastinya dapat terus bertapak dan berkuasa.

Oleh itu Pulau Pinang kini di jadikan sebagai kubu untuk dipertahankan.Lihat saja apa yang dilakukan oleh Guan Eng dan dinastinya apabila sudah mula membawa masuk suku sakatnya.Dari desas desus yang kini heboh diperkatakan mereka sedang menyusun strategi untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai 'Home Ground" mereka bukan saja untuk parti DAPigs tetapi juga kepada Dinasti Lim itu sendiri.Baca Seterusnya 

Persoalan yang harus kita jawab adalah mengapa semua itu berlaku ? Apakah ianya hanya sekadar strategi politik dalam menghadapi pilihan raya ?

Sebagai rakyat kita harus sedar rejim DAPigs kini semakin tertekan dan terhimpit untuk terus berkuasa.Maka kerana itu perjuangan mereka hanya tertumpu kepada Pulau Pinang tidak lagi di negeri-negeri lain kerana mereka tahu Pakatan Haprak bakal rebah dalam pilihan raya nanti.

Sebelum sesuatu terjadi adalah lebih baik memastikan "Home Ground" di pertahankan.Dalam konteks ini DAPigs sudah pasti bakal mempertahankan Pulau Pinang bermati-matian demi kelangsungan kuasa yang mereka miliki.

Maka kerana itu orang-orang Melayu seharusnya sedar bahawa sokongan anda terhadap Pakatan Haprak hanyalah sokongan untuk membenarkan rejim ini terus berkuasa dan sudah semestinya apabila mereka terus berkuasa  nasib orang-orang Melayu termasuk bangsa-bangsa lain juga akan turut menerima tempiasnya.

Dapigs kini semakin resah dan kerana keresahan itulah mereka cuba mengaburi mata-mata mereka yang tidak cukup ilmu politiknya.

Hatilah-hatilah dalam membuat pilihan nanti kerana kuasa penentu terletak di tangan anda !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels