DAP salah satu parti dalam Pakatan Rakyat yang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini sebenarnya takut kepada UMNO.Mereka selama ini bukan saja takut malah begitu bencikan UMNO kerana hanya UMNO sahajalah yang menjadi penghalang kepada cita-cita mereka untuk menguasai Malaysia.
PAS yang merupakan rakan dan sahabat baik DAP bukan merupakan saingan malah PAS dilihat sebagai budak suruhan atau lebih tepat sebagai pak turut yang telah pun digula-gulakan oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya.Paling menarik PAS seolah-olah telah dibomohkan oleh DAP sehingga sanggup menjadikan ahli-ahlinya di Pulau Pinang sebagai pencacai kepada LGE dan rejimnya.Ternyata PAS hanyalah sebuah parti boneka yang bercita-cita untuk tumpang berkuasa.
Parti Keadilan pula dilihat semakin hilang arah.Kes liwat Anwar Ibrahim merupakan salah satu faktor utama mengapa Keadilan dilihat semakin lesu dan tidak tersusun.Hari demi hari semakin ramai yang meninggalkan Keadilan kerana kecewa dengan perjuangan serta corak pentadbiran yang dilihat lebih teruk dan dasyat daripada apa yang mereka tohmahkan kepada UMNO dan Barisan Nasional.Keadilan hanya menunggu retak menanti belah.
Semuanya bermula apabila Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 14 November 2011 menyiarkan berita mengenai ura-ura Pengerusi BN Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon untuk melepaskan jawatan .
Berita bertajuk Ancaman Pengerusi BN Pulau Pinang Tidak Kuat, Musuh Ketat Sebenar Ialah UMNO: Chow Kon Yeow di siarkan dalam ruangan Dalam Negeri, halaman sembilan.
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, tidak kira siapa sahaja sama ada Teng Chang Yeow atau Ong Thean Lye yang menjawat jawatan Pengerusi BN di Pulau Pinang yang baru, ia tidak akan menjejaskan DAP.
Katanya, ia berikutan kedua-kedua pemimpin Gerakan itu tiada pengaruh memandangkan yang menerajui BN adalah UMNO, musuh ketat dan musuh lama DAP adalah UMNO.
‘‘UMNO adalah pemimpin utama dalam BN dan ia adalah musuh ketat DAP yang perlu ditangani selama ini,’’ ujarnya.
Beliau sambil tersenyum berkata, jika Chang Yeow menjawat jawatan Pengerusi BN di Pulau Pinang, pihaknya hanya perlu membuat perubahan kecil dari segi strategi dengan merombak semula kerusi Parlimen Tanjung dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota.
Ini berikutan jika Chang Yeow menjadi Pengerusi BN di Pulau Pinang, beliau dikatakan akan memilih Parlimen Tanjung atau DUN Padang Kota untuk ditandinginya.
Sementara itu, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik yang sependapat dengan Kon Yeow berkata, musuh yang memberi tentangan dan cabaran adalah UMNO, kerana setakat ini tiada seorang pun tahu apa strategi politik yang berada di belakang parti itu.
Ternyata DAP dilihat semakin mengelabah apabila rakyat hari ini sudah tahu dan kenal siapa mereka yang sebenarnya.DAP merupakan sebuah parti yang cukup rasis terhadap orang-orang melayu khususnya UMNO,ini boleh dilihat dengan jelas melalui kenyatan ini
Gerakan itu tiada pengaruh memandangkan yang menerajui BN adalah UMNO, musuh ketat dan musuh lama DAP adalah UMNO.
‘‘UMNO adalah pemimpin utama dalam BN dan ia adalah musuh ketat DAP yang perlu ditangani selama ini,’
MMI andaikan musuh lama yang dimaksudkan itu sebenarnya menjurus kepada apa yang berlaku pada tarikh 13 Mei 1969 dimana tercetusnya pergaduhan kaum diantara bangsa Melayu dan Cina.Lupakah kita DAP inilah yang menjadi dalang kepada kekacauan tersebut dan mereka jugalah yang mahu mengusir dan sapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur ?
MMI nak ingatkan kepada puak-puak DAP ni bersedialah untuk keluar dari Pulau Pinang kerana tempoh tamat masa kamu merampas hak rakyat semakin hampir.
Jika UMNO mahu bangun dan lawan pembangkang dijalanan kita mampu himpunkan lebih dari 1 juta ahli,tetapi kita parti dan kerajaan yang amanah dan sentiasa menghormati kontrak sosial khususnya bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Maka jalan terbaik adalah kita bekerja untuk rakyat.
MMI.
No comments:
Post a Comment