Followers

Saturday, 8 December 2012

Selamat Datang PM !!


Semalam kita dapat melihat bagaimana mengelupornya juak-juak Pakatan Haprak kerana bimbang kehadiran YAB PM ke Pulau Pinang sampaikan sanggup buat kerja bangang dengan melampirkan satu surat palsu kononnya YAB PM membatalkan lawatannya.

Hahaha memang puaka-puaka ni dah spesis macam tu sebab bos depa pun kaki putar belit juga.Kadang-kadang nak tergelak pun ada tengok kerja buat puaka-puaka ni bukan apa takkanlah semurah itu maruah depa dalam perjuangan yang kononnya menegakkan kebenaran ?


Tu dia Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dihabaqkan tak jadi mai ke Penang pada  8 Disember 2012 ini. Ini yang tertera pada 'surat rasmi' UDA LAND  yang menggunakan Notis Memorandum.

Begitu hebatnya game yang dimainkan pencacai & blogger pendokong LGBT sehingga sanggup membuat fitnah ke atas Najib dan cuba untuk mensabotaj program rakyat bersama dengan pemimpin negara.

Surat yang bertarikh 3 Disember 2012 yang ditandatangani Ketua Pegawai Operasi UDA LAND (north) Sdn Bhd, Kamarudzaman Mohd Zain itu dilihat baru kelihatan di laman sosial milik Pembangkang semalam.

Apa yang berlaku semalam membuktikan juak-juak Pakatan Haprak ketaq kepala lutut jugalah sampaikan perlu membuat fitnah dan pembohongan.Tapi tak apa sebab Perdana Menteri yang kita sayangi sudah pun sampai dan menjejakkan kakinya di bumi Pulau Pinang sebentar tadi.


Kepada seluruh rakyat Pulau Pinang sama-samalah kita nantikan Perdana Menteri yang kita sayangi di Padang Kawad USM jam 10.00 pagi nanti.

Selamat datang PM...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels