Followers

Thursday, 13 December 2012

Lagi Penipuan Guan Tak Ada ONG !!


Sebagai seorang Ketua Menteri yang mengepalai sebuah kerajaan Guan Eng adalah orang yang perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di khususnya melibatkan rakyat Pulau Pinang.

Maka kerana itulah dalam isu penipuan kerajaan negeri terhadap satu keluarga berbangsa Cina merupakan tanggungjawab Guan Eng sepenuhnya.Barangkali Guan Eng kini sudah faham bahawa bukan mudah menjadi seorang Ketua Menteri sekiranya diri sendiri pun tidak amanah dan bertanggungjawab.

Yang lebih teruk lagi Guan Eng bukan saja menipu orang Melayu tetapi turut sanggup menipu bangsanya sendiri.Mungkin 2012 merupakan tahun yang tak ONG bagi Guan Eng kerana pada tahun inilah pelbagai penipuan yang selama ini disorokkan terbongkar satu demi satu.

Mungkin selepas ini kita boleh menggelarkan Guan Eng sebagai Guan Tak Ada ONG !!

Isu terbaru ini bermula apabila Seorang warga emas (berbangsa cina) meluahkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri apabila mendakwa ditipu dalam urusan pengambilan tanah yang didiami keluarganya sejak 70 tahun lalu di Jalan Free School Pulau Pinang.

Chew Eng Hoe, 71 berkata, perkara berkenaan disedari selepas kediaman mereka diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tahun 2009 bagi melaksanakan pembangunan awam di tanah seluas 26,133 kaki persegi itu.

Sebaliknya baru-baru ini dia mendapati bekas tapak rumahnya itu bakal dibangunkan lot banglo dalam tempoh terdekat oleh sebuah pemaju.

“Kami berasa tertipu dengan kerajaan pimpinan DAP itu. Sudahlah kami diusir di rumah yang didiami sejak berpuluh-puluh tahun lalu malah diroboh tanpa perikemanusiaan.

“Bayangkan, kami meminta mereka (MPPP) tempoh sebulan untuk berpindah termasuk kos pemindahan bernilai RM5,000 tetapi mereka langsung tidak mengendahkan permintaan kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Parti Cinta Malaysia (PCM) di Padang Tembak, Air Itam semalam.

Luah Eng Hoe, disebabkan desakan pihak berkuasa terbabit mereka pada masa itu terpaksa hidup secara pindah-randah termasuk menyewa di sebuah rumah flat di sini dengan bantuan pihak gereja.

“Saya amat kesal dengan cara pentadbiran kerajaan hari ini. Walaupun ada ahli politik membantu mencari rumah tetapi kami terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membelinya tanpa mendapat sebarang bantuan dari kerajaan,” jelasnya.

Apa sudah jadi Guan Tak Ada Ong ? Takkanlah sibuk menjalankan rutin harian sampaikan nasib bangsa sendiri pun buat tak tau saja ?

Dulu sewaktu baru-baru menjadi Ketua Menteri boleh pula minta untuk tinggal di rumah lain siap dengan buat "renovation" mencecah ratusan ribu ringgit lagi.Kalau bab diri sendiri boleh sampai macam tu kenapa bab rakyat di biarkan ?

Kemana perginya CAT yang dilalakkan selama ni ?

Kepada rakyat Pulau Pinang khususnya yang berbangsa Cina tu ampa kena pakat-pakat tengoklah , baguih sangat ka si Guan Tak Ada Ong ni ?

Bayangkan bukan setakat Melayu habis semua India dan Cina di tipunya dan paling sakit hati sekali ampa tau dak dia bukan orang Pulau Pinang ?

Mau retilah lepas ni PRU ampa pakat tolak Pakatan Haprak sebab puak-puak ni banyak cakap dari buat kerja !!

Psstt MMI bukan apa tumpang simpati , bangsa sendiri pun dia sanggup buat macam tu apatah lagi bangsa lain !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels