Semua sudah sedia maklum Malaysia kalah di tangan Thailand semalam 2 0 dan sudah semestinya musibat si pengadil dari Korea tu antara penyebab mengapa pasukan kita kalah.Apa pun MMI optimis barisan pemain negara sudah memberikan segala-galanya untuk mencari kemenangan semalam namun itulah permainan bolasepak sudah pasti akan ada pihak yang menang dan kalah.
Namun sebagai sebuah pasukan yang membawa gelaran juara bertahan adakah setakat itu sahaja kemampuan pasukan negara yang boleh di pamirkan ? Pasti ramai yang tak akan suka dengan entri ini namun MMI akan menulis perkara yang sebenar-benarnya yang lahir dari hati ikhlas sendiri berdasarkan kemampuan dan mutu permainan yang di pamirkan semalam.
Sebagai sebuah pasukan yang di lengkapkan dengan pelbagai kemudahan terbaik adakah kita masih mahu meletakkan punca kekalahan semalam semata-mata hanya kerana si pengadil pekak dari Korea ?
MMI yakin dan percaya mutu permainan sebenarnya yang menjadi tonggak kepada keputusan yang bakal diperolehi dan itu sebenarnya meletakkan pasukan Thailand berhak menang semalam.
MMI bukanlah pandai sangat dalam bab bolasepak ni tetapi agak muskhil dengan strategi pasukan Malaysia yang membarisan formula 4 5 1 dalam satu perlawanan penting yang sememangnya kita perlukan kemenangan apatah lagi gol.
Dengan mutu permainan yang kurang kemas maka Jurulatih K. Rajagopal semalam sudah menganiaya Norshahrul Idlan Tahala yang terpaksa kehulu ke hilir mengejar bola kerana tidak mendapat sokongan yang baik dari rakan-rakan lain.
MMI yakin ramai yang melihat aksi semalam dan sudah menyaksikan sendiri bagaimana Norshahrul terpaksa bertungkus lumus malah dalam satu-satu masa terpaksa bersaing dengan 3 orang pemain Thailand yang mengapitnya sehinggakan beliau terpaksa bersilat di atas padang.
Perlu diingat keupayaan pemain kita bukanlah setanding dengan pemain-pemain dalam liga di eropah dan kerana itu kita perlu mengimbangi keupayaan pemain dengan strategi yang betul.
MMI tidak menyalahkan mana-mana pemain yang sudah bertungkus -lumus semalam malah penjaga gawang negara antara yang terbaik dalam mempertahankan serangan demi serangan yang dilakukan oleh pasukan Thailand.
Jangan menjadikan pembuangan pemain kerana kad merah dan perlu bermain dengan 10 pemain antara alasan dan penyebab kepada kekalahan kerana sebagai sebuah pasukan yang mewakili negara sudah semestinya segala persiapan sudah pun dilakukan melainkan K.Rajagopal tidak langsung memikirkan tentang kebarangkalian insiden seperti itu boleh berlaku.
Dalam soal ini Malaysia sebenarnya tersilap percaturan dan strategi yang membenarkan pasukan Thailand terlalu banyak diberi ruang untuk bergerak.Dan ini bukannya salah pemain tetapi mungkin kerana K.Rajagopal mempunyai strateginya yang tersendiri.
Apa pun strateginya , K.Rajagopal perlu tahu Malaysia sudah pun kalah dalam perlawanan semalam.
Seperti yang pernah MMI tulis dalam entri sebelum ini dengan keputusan semalam MMI tetap dengan persoalan Layakkah Jersi Berharga RM229 Di Pakai Oleh Skuad Harimau Malaya Baca Sini.
Secara jujur para pemain Malaysia LAYAK memakai jersi tersebut cumanya agak malang kerana K.Rajagopal mempunyai strategi tersendiri !!
MMI.
Sawadikap
ReplyDelete