Nampaknya suasana pilihan raya sudah semakin di rasai khususnya oleh mereka-mereka yang kini menyandang jawatan mahupun mereka-mereka yang menawarkan diri untuk dipilih sebagai calon wakil rakyat.Malah dalam keriuhan "winnable-winnable candidate" ini merencana gerak kerja masing-masing pucuk pimpinan parti awal-awal lagi sudah memaklumkan bahawa hanya yang benar-benar layak sahaja akan dipilih bagi mewakili rakyat dalam kawasan masing-masing.
Bagaimana kategori sejelasnya menjadi misteri kepada seluruh bakal-bakal calon tetapi yang pasti pucuk pimpinan sudah pun menyatakan mereka mencari "winnable candidate" yang mampu membawa aspirasi perjuangan parti seterusnya rakyat dan negara.
Semua kenyataan di atas sedang berlaku kini dalam parti keramat UMNO dan mengapa ianya menjadi bualan di serata pelosok kawasan ? Jawapannya mudah kerana UMNO dan Barisan Nasional kini sudah belajar serta bangun dari kealpaan dan sikap besar kepala yang dulunya menjadi amalan segelintir wakil-wakil mereka.
Malah tidak keterlaluan jika MMI katakan UMNO kini sudah semakin pulih hasil daripada suara rakyat.Paling indah sekali apabila parti UMNO yang di pimpin oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden dan Perdana Menteri Malaysia mendengar isyarat ini dan melakukan perubahan drastik bagi memastikan impian rakyat mahu melihat parti keramat ini terus relevan mengepalai Malaysia menuju kejayaan menjadi kenyataan.
Kini dengan hampir segalanya sudah di buktikan bahawa UMNO benar-benar berubah maka rakyat dilihat kembali kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.Tidak di nafikan dalam beberapa keadaan pihak pembangkang melakukan pelbagai cubaan dan serangan bagi meruntuhkan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional namun kekuatan dan gerak kerja khususnya dalam program tranformasi kerajaan ianya mampu mengekang dan mematahkan cubaan-cubaan tersebut.
Inilah istimewanya UMNO sebuah parti yang mampu bangkit dari kelemahan dan kesilapan malah inilah yang menjadi ramuannya kerana menjadi budaya orang-orang Melayu dan Islam untuk bermuhasabah diri kerana kita tahu selagi kita ikhlas dalam perjuangan Allah swt akan sentiasa bersama kita.
Walaupun UMNO dan Barisan Nasional boleh dikatakan selesa untuk menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan siapa pilihan mereka dalam pilihan raya nanti para pemimpin UMNO baik yang lama dan baru saling bergandingan bekerja dan melakukan tugasan masig-masing semuanya kerana mahu melihat parti keramat UMNO ini benar-benar pulih seterusnya terus menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Boleh dilihat dalam jangka waktu ini para pimpinan UMNO khususnya mereka yang sudah lama termasuklah Tun Abdullah dan Tun Mahathir saban detik memberikan nasihat serta kata-kata semangat kepada seluruh ahli UMNO supaya bersama parti dalam apa saja yang berlaku.
Suasana ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana zaman sebelum ini kerana kali ini dalam UMNO sedang mempersiapkan seluruh jenteranya bagi menghadapi pilihan raya kita didokong dan disokong oleh 2 bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah dan Tun Mahathir.
Kita sebenarnya sudah berada di landasan yang terbaik dan kepada anda semua ambillah peluang ini yang barangkali tidak mungkin dinikmati oleh generasi selepas kita untuk sama-sama berjuang dengan 3 pemimpin besar dalam parti sekaligus.
Tun Abdullah baru sahaja mengeluarkan kenyataannya semalam meminta supaya semua ahli UMNO untuk memberikan taat setia kepada pimpinan UMNO dan menerima keputusan pucuk pimpinan parti dalam pilihan raya nanti.
Tun Mahathir dalam ucapannya di Sik baru-baru ini mengatakan anggota UMNO perlu kikis sikap tidak puas hati terhadap calon pilihan parti jika mahu melihat parti itu dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dan membentuk sebuah kerajaan yang kuat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Setiap anggota perlu memberi sokongan kepada calon yang bertanding atas nama UMNO dan tiket BN supaya kemenangan besar untuk membentuk kerajaan yang kuat boleh dicapai.“Jangan terlalu cepat menolak mana-mana calon yang diputuskan bertanding,”Baca Seterusnya.
Bagi MMI segalanya terpulang kepada diri masing-masing kini sama ada kita mahu berjuang atas semangat parti atau memilih untuk memuaskan diri sendiri.
Percayalah tidak akan ada kemenagan sekiranya kita tidak ikhlas dalam perjuangan.
Psstt kalau dah sampai masa dan di takdirkan MMI jadi calon maka ampa semua kena sokonglah noo..
MMI.
No comments:
Post a Comment