Followers

Friday 28 December 2012

Nik Aziz TOLONG Jawab , JANGAN SEMBUNYI Pula !!


Rasanya tak perlu lagi MMI perkenalkan siapa yang dalam gambar kat atas tu, semua dah kenal sangat dah..Nik Aziz ni bukan saja dah merapu malah ajaran yang dibawanya sudah sebati dengan para juak-juaknya sampaikan kesilapan dan kesongsangan beliau pun juak-juaknya tak nampak.

Tak pasti lah pula ilmu apa yang dia pakai tapi dari cakap-cakap orang dekat dengan MMI dia ni dulunya masa sekolah pondok di Pulau Pinang liaq juga.

Tak pa lah yang tu MMI pun malas nak ulas banyak-banyak bukannya puak tu reti , cuma kali ni MMI nak tunggu tengok sapa pula yang nak "back-up" Nik Aziz apabila Ustaz Fathul Bari dah bagi hujahnya tentang UMNO dan PAS ni.

Kalau bab "AMANAT HAJI HADI" Nik Aziz bukan main lagi pertahankan maklumlah manusia yang penuh dengan DENDAM , kali ni kita pakat-pakat tengok ada dak sapa-sapa nak tunjuk hero tolong "backup" Nik Aziz bukan apa dah dekat-dekat dengan PRU13 ni kalau dapat jadi hero maknanya peluang nak di calonkan tu tinggilah.. 

Jangan pula lepas ni perkataan yang sama keluar dari mulut Nik Aziz , orang dah muak dah dengan perkataan tu CILAKO ! CILAKO !

Jom kita ushar tengok Ustaz Fathul Bari kata apa...


Sebelum TG Nik Abdul Aziz memberikan kata-kata ataupun hukuman bahawa orang yang menyertai Umno itu satu perbuatan yang mungkar, saya kira fatwa perlu dikeluarkan terlebih dahulu bagi orang Islam yang menyertai DAP atau PKR.

Di mana fatwa tersebut? Apabila kita tanyakan kepada sebahagian pemimpin Pas, mereka mengatakan masuk DAP tidak mengapa, DAP ini wadah sahaja. Jadi ini sangat-sangat tidak seimbang dan dilihat fatwa tersebut berkepentingan. Untuk mereka halal, untuk Umno haram. Jadi tidak adil sedemikian rupa.

Jika kita hendak keluarkan fatwa, banyak perkara yang perlu diraikan. Bahkan menyertai PAS sekalipun, adakah boleh?

Adakah PAS merupakan parti yang membawa kebenaran secara keseluruhannya? Atau masih ada kelemahan? Apabila isu Syiah dalam Pas pun masih lagi celaru.

Pada tahun 90-an, TG Haji Hadi menyebut secara terang bahawa Pas tidak menerima Syiah di dalam keratan akhbar. Kemudian baru-baru ini pula TG Haji Hadi menyebut secara terang juga di dalam kenyataannya bahawa Syiah boleh masuk Pas. Bahkan dikatakan secara terang, kalau Khawarij nak masuk Pas pun boleh masuk.

Kenyataan dia juga baru-baru ini ketika perhimpunan besar-besaran Pas di Kelantan, dalam satu temubual media, dia menyebut secara terang bahawasanya Bashar Al-Asad pemimpin Syiah di Syria perlu turun. Tetapi kita dapat lihat Timbalan Presiden Pas membuat lawatan menziarahi kepimpinan Bashar Al-Asad bahkan memuji kepimpinan Bashar Asad.

Jadi yang mana satu? Bercelaru. Sekejap mereka kata Pas tidak terima Syiah, kemudian terima pula. Kemudian tidak setuju dengan Presiden Bashar Asad yang kecenderungannya Syiah Alawiyyin. Kemudian Timbalan Presiden membuat lawatan menziarahi dan bersetuju dengan kepimpinan Syiah.

Di sini berlaku pertembungan dalam Pas itu sendiri. Jadi sebelum hendak mengeluarkan kenyataan tentang orang masuk Umno, bicarakan terlebih dahulu siapakah ahli-ahli Pas. Bicarakan dulu siapa yang bersama-sama dengan Pas.

TG Haji Hadi telah mengiktiraf bahawasanya Syiah dan Khawarij boleh masuk Pas. Bersihkan yang ini dulu. Adapun kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin Pas di Selangor yang mengatakan bahawa di dalam Pas tidak ada Syiah, ini perlu merujuk kepada TG Haji Hadi. TG Haji Hadi sendiri mempersilakan Syiah masuk Pas, maka bertembung dengan kepimpinan Pas di negeri Selangor.

Sebelum menghukum orang lain sebagai mungkar, perlu dikeluarkan terlebih dahulu fatwa berkaitan hukum orang Melayu masuk DAP, orang Syiah masuk PAS, Khawarij masuk PAS, dan orang melayu Islam masuk PKR. Jawab semua ini dulu secara terperinci kemudian baru cerita tentang orang melayu masuk Umno.

Wallaahua’lam.


MMI cuma tunggu sapa yang nak jawab ja..kalau ikut tu kena Nik Aziz lah sebab dia orang paling tinggi dalam PAS..gambaq dia pun juak-juak PAS gantung dalam rumah jadi janga pula dok sembunyi macam Hadi tu..Jawab ja lah !! 

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels