Followers

Friday 28 December 2012

JOZAN Punya Cerita !!


Jika anda sempat menonton program lawak terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega 2012 pada Minggu 6 yang lalu, pasti anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan giliran kumpulan Jozan membuat persembahan. Pada ketika itu, Jozan yang dianggoti oleh Johan dan Zizan telah membuat persembahan bertemakan rancangan TV iaitu 'Propaganjil' (Propaganza).

Pada babak itu, Johan turut melakonkan watak Azwan Ali dengan menggelarkan dirinya Azwan Awie Ali (Triple A).

Padah kerana melakonkan watak itu, Johan telah diserang oleh empunya nama melalui panggilan telefon di konti radio ERA.FM. Pada perbualan itu, Azwan Ali mengatakan akan mengambil tindakan saman terhadap Johan yang juga turut memegang watak 'Mak Jemah' pada JoHaRa Pagi ERA itu.

Tetapi jangan risau, perbualan telefon itu hanyalah gurauan semata-mata antara kedua belah pihak. Jika tidak percaya, anda boleh dengar sendiri audio sound kat bawah ni..


Macam-macam hal puak ni , tapi lawak Jozan menarik !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels