Followers

Thursday 27 December 2012

PANAS 4000 Berhimpun BANTAH Kerajaan PAS Kelantan !!


Rakyat Kelantan kini sudah mula bangun dan sedar selama ini PAS yang mentadbir kerajaan negeri sudah banyak melakukan pembohongan demi pembohongan terhadap rakyat sendiri.Malah sehingga entri ini ditulis masalah utama melibatkan air bersih masih menjadi isu utama kepada ribuan rakyat di Kelantan.

Barangkali sedar bahawa kerajaan negeri yang banyak bercakap dari bekerja menyebabkan rakyat Kelantan kini bangun menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Hampir 4,000 rakyat dari seluruh negeri ini berkumpul secara aman di perkarangan bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini bagi menyatakan bantahan dan menuntut janji-janji yang dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan sebelum ini.

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dengan kerjasama Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Profesional Kelantan (Kelpro) dan Minda Pondok itu bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Peserta perhimpunan tersebut juga membawa pelbagai sepanduk untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Pas yang telah memerintah negeri ini selama 22 tahun.

Macam biasalah takkan pokok bergoyang kalau tak ada angin ye tak ?

Rasanya lepas ni pasti puak-puak PUAKA tu mesti tuduh UMNO punya kerja.."standard" lah kan ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels