Followers

Thursday 27 December 2012

Anwar Dah Mula Nak TUNJUK HERO !


Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat ini bagi membincangkan 'Isu Kalimah Allah' yang sengaja dibangkitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang perkara ini dibangkitkan semula, saya rasa ia memerlukan pertemuan tergempar untuk kepimpinan Pakatan,” katanya kepada pemberita.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas percanggahan pendapat antara DAP dan PAS sama ada perkataan “Allah” boleh digunakan masyarakat Kristian di negara ini bagi merujuk kepada Tuhan mereka dalam Al Kitab.

Kelmarin Guan Eng berkata kerajaan perlu membenarkan masayrakat Kristia menggunakan kalimah Allah berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

Bagaimanapun beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik menyelar Guan Eng kerana cuba mengitar semula isu itu dan membakar sentimen penganut Islam di Semenanjung.

Anwar sebelum ini berkata, perkara itu sudah pun selesai sebelum ini selepas pertemuan daripada ketiga-tiga pemimpin parti komponen PR ― PAS, DAP, PKR.

“Berdasarkan kefahaman saya, isu itu telah selesai ... bukan sahaja pernah ada perjumpaan, namun ada penjelasan lengkap terhadap perkara itu,” katanya, yang menambah teks agama dan klasik turut digunapakai ketika pertemuan terdahulu.

Dalam perdebatan penggunaan perkataan “Allah”, PAS semalam berkata Kristian tidak seharusnya menggunakan perkataan itu di dalam Al Kitab kerana ia tidak akan menjejaskan maksud sebenar Tuhan dalam teks asalnya.

PAS turut berkata penggunaan perkataan Allah akan mengelirukan kedua-dua penganut Islam dan Kristian.

Namun DAP menegaskan masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak, yang menggunakan Al Kitab perlu dibenar menggunakan perkataan Allah tersebut.

Ini taktik la gang ! sebab tu lah bila isu ni meletup Anwar biarkan dulu lepas dah semua keluar kenyataan barulah dia boleh panggil buat mesyuarat tergempar.Biasalah nak tunjuk dia hero..

Kenal sangat dah !!

Sivaji The Boss la kononnya..


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels