Followers

Thursday 27 December 2012

Pemuda PAS Sokong Khairy Jamaluddin ??


Khairy Jamaluddin ataupun lebih senang dengan panggilan KJ kini mendapat sokongan daripada pemuda PAS.Mengapa pula tiba-tiba KJ sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendapat sokongan daripada pemuda PAS ? Haa itulah yang berlaku dalam minggu ini.

Agak menarik apabila melihat kronologi sokongan pemuda PAS terhadap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ini.

Semuanya bermula apabila KJ memberikan reaksinya berkenaan undang-undang serta pelaksanaan HUDUD yang menyentuh tentang usaha daripada pihak PAS yang mahukan supaya HUDUD dilaksanakan di Malaysia.

Mingguan Malaysia memuatkan reaksi pemimpin Umno berhubung isu itu dengan judul "Hudud: Hanya mainan politik PAS", yang memetik Khairy sebagai berkata:

"Pemuda Umno tidak sanggup melihat PAS terus menjadikan isu hudud sebagai komoditi politik. Kerajaan Pusat perlu meminda perlembagaan bagi membenarkan PAS melaksanakannnya di Kelantan."


Keadaan menjadi lebih menarik apabila Ketua Pemuda PAS Selangor , Hasbullah Mohd Ridzuan berkata, pihaknya mengucapkan tahniah atas keberanian Khairy, yang berbeza dengan pemimpin lain dalam parti Melayu itu, termasuk Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Bagaimananapun, dengan nada berbeza, Hasbullah berharap perjuangan itu tidak separuh jalan dan menggunakan seluruh ruang untuk memastikan pindaan itu terlaksana.

"Jangan hanya pandai bercakap dan beretorik di dada akhbar untuk menjuarai isu hudud tetapi menjadi pemuda yang bacul dan pengecut apabila ditekan dan diancam ugut oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lainnya". 

Apa yang MMI mahu katakan disini adalah KJ sememangnya bijak dalam menangani isu ini.Beliau dilihat bersahaja dalam menyentuh usaha pelaksanaan hukum HUDUD.Malah sekiranya undang-undang HUDUD berjaya dilaksanakan sekalipun sebagai orang Islam kita sedikit pun tidak terjejas kerana itu adalah undang-undang Islam.

Soalnya puak-puak Pakatan Haprak khususnya Ketua Pemuda PAS Selangor sebenarnya sudah pun terperangkap dengan reaksi daripada KJ.Melihat kepada kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor yang jelas menyatakan bahawa "Jangan hanya pandai bercakap dan beretorik di dada akhbar untuk menjuarai isu hudud tetapi menjadi pemuda yang bacul dan pengecut apabila ditekan dan diancam ugut oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lainnya" membuktikan bahawa mereka sudah terperangkap dalam dunia politik mereka sendiri.

Lihat saja dalam Pakatan Haprak sejauh mana PAS menari dan bergelek ke sana ke mari menjaja isu HUDUD yang kononnya mahu segera di laksanakan namun dengan sekali dehem dari Karpal Singh para pimpinan PAS yang tadinya terkinja-kinja terus tundukkan kepala diam seribu bahasa.

Lihat juga kepada isu ADUN Selinsing yang didedahkan oleh orang kuat PAS sendiri bagaimana pasangan tersebut yang ditangkap melakukan khalwat dan zina di lepaskan oleh Nik Aziz dengan alasan cukup sekadar memohon ampun kepada Allah SWT.Dimana undang-undang HUDUD yang seharusnya dilakukan oleh PAS ? Baca Sini.

Jangan lupa di Kelantan undang-undang HUDUD masih belum dilaksanakan sejak dulu , jangan gunakan alasan bahawa kerajaan pusat menentang sedangkan juak-juak PAS dengan berani dan lantang melanggar undang-undang negara berhimpun dan membuat huru hara di ibukota dalam himpunan BERSIH , mengapa dalam soal pelaksanaan hukum HUDUD Pas Kelantan boleh pula membicarakan soal undang-undang ?

Mengapa sehingga kini negeri-negeri dibawah Pakatan Haprak seperti Pulau Pinang,Kedah dan Selangor langsung tidak kedengaran suara untuk melaksanakan HUKUM HUDUD ? Apakah di negeri-negeri tersebut langsung tidak ada wakil-wakil daripada parti PAS ?

Jika alasannya mereka menghormati pandangan dan kepentingan bangsa lain maka terbuktiklah PAS sebenarnya hanyalah parti terencat akal yang pemimpin serta juak-juaknya diibaratkan sebagai syok sendiri sehingga maruah diri dicarik-carik oleh sahabat sesyurga sehingga habis telanjang bulat.

Dalam soal reaksi KJ , juak Pakatan Haprak khususnya PAS seharusnya faham bahawa UMNO konsisten dalam soal ini.Kita tidak pernah menolak hukum Allah SWT dan semestinya tidak pernah mahu menidakkan undang-undang HUDUD.Namun dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia dan dalam keadaan pola masyarakat serta suasana politik negara maka kita mengambil pendekatan untuk meyakinkan rakyat supaya selesa dengan kerajaan yang sedia ada.

Dalam masa yang sama walaupun undang-undang HUDUD tidak dilaksanakan tetapi kerajaan sudah pun melaksanakan undang-undang syariah serta sivil yang hari ini mendapat persetujuan semua pihak.Malah segala keperluan bagi umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka sudah dan akan sentiasa disediakan kerana kita tahu Islam bukan sekadar undang-undang HUDUD semata-mata.

Dalam perkiraan MMI sendiri apakah kita mahu melaksanakan HUDUD sedangkan kita tahu kesannya akan menyebabkan negara huru hara dengan desakan dan tentangan daripada mereka yang kini bersahabat dengan PAS ? Sedar atau tidak kerana kelemahan daripada PAS lah yang menyebabkan banyak pihak diluar sana kini lebih berani untuk mempertikaikan HUDUD termasuk daripada MCA.

PAS perlu sedar dalam soal mewujudkan kerajaan perpaduan pun PAS menolak untuk bersama UMNO malah sehingga kini masih berpegang kepada "Amanat Haji Hadi" mengkafirkan orang-orang UMNO maka sejauh mana PAS mampu membuktikan pendirian mereka untuk menyokong undang-undang HUDUD sekiranya ia di bawa ke parlimen ?

Bercakap kemudian tunduk layu tanpa mampu mempertahankan prinsip sendiri bererti mereka GAGAL sebenarnya.

Ketika Karpal berdehem tentang isu HUDUD dimana agaknya pemuda PAS ? Sejauh mana PAS khususnya Ketua Pemuda PAS Selangor bertindak bagi mempertahankan apa yang diperjuangkan ? Apakah Ketua Pemuda PAS Selangor dan seluruh barisan pemuda PAS di seluruh negara berani bangun dan berdepan dengan Karpal Singh ?

Kepada Ketua Pemuda PAS Selangor sedarlah anda sudah pun terperangkap dengan permainan anda sendiri.

MMI.

1 comment:

  1. undang-undang adalah untuk mendidik supaya menjadi baik, apa nak ditakutkan kalau kita adalah manusia yang sentiasa mengikut undang-undang. yang harus tyaku adalah yang sentiasa mencari kelemahan undahg-undang untuk disondol dan terlepas dari segi teknikal.

    ReplyDelete

Labels