Followers

Saturday 29 December 2012

Salleh Man Takut Penampar Guan Eng ??


Baru ja semalam MMI keluarkan entri berkenaan kebangkitan orang Islam di Pulau Pinang yang melahirkan rasa marah mereka berkenaan Guan Eng yang membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Dalam entri semalam , MMI ada perli-perli sedikit berkenaan kehadiran beberapa kerat orang-orang PAS yang hadir atas rasa terpanggil untuk sama-sama berdemo dengan membawa bendera PAS.Baca Sini.

MMI bukanlah berniat untuk menidakkan sokongan serta rasa sedar ahli-ahli PAS yang turun berdemo menentang Guan Eng tetapi sepanjang pengalaman MMI di Pulau Pinang sendiri dan dalam banyak demo yang dilakukan oleh orang-orang Melayu Islam rasanya inilah kali pertama ahli PAS turut serta secara "official" ("official" dalam erti kata membawa bendera PAS) khusus bagi menyatakan rasa marah terhadap Guan Eng.

Sebenarnya MMI sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku setelah gambar-gambar demo serta perarakan tersebut dimuat naik ke laman facebook mahupun blog.

Memandangkan PAS di Pulau Pinang yang hanya melukut di tepi gantang sudah pasti akan ada suara-suara sumbang yang akan cuba menyelamatkan diri sendiri kerana bimbang PAS Pulau Pinang bakal diherdik oleh Guan Eng.

Ternyata setelah beberapa jam demo serta perarakan tersebut mengambil tempat telahan MMI benar dan tepat sekali.

Salleh Man Pesuruhjaya PAS Negeri selaku wakil tunggal PAS dalam Rejim DAPigs di Pulau Pinang melalui HARAKAHDAILY dengan begitu pantas telah mengeluarkan kenyataan menafikan sebarang bentuk sokongan apatah lagi keterlibatan ahlinya dalam demo yang dijalankan.Klik Sini.

Apa hal Salleh Man ? Takut makan penampar Guan Eng ker ? Hehehehe

Lebih malang lagi ahli-ahli PAS yang hadir berdemo bagi mempertahankan kalimah ALLAH langsung tidak dihargai malah parti sendiri tidak mahu mengaku bahawa mereka adalah ahli..Kesian !!

Kepada Salleh Man agak-agaklah kalau nak selamatkan diri pun..takkanlah ahli sendiri pun tak nak mengaku ?

Mungkin Salleh Man tengok gambar ni kot !


Op ! Op ! Op ! nanti dulu jangan buat tuduhan dulu..Haa MMI yakin gambar inilah yang membuatkan Salleh Man tak mengaku ahli PAS terlibat.Memanglah macam mana nak cam kalau dah pakai topeng bagai.

Jika dari sudut pandangan PAS , mamat tu orang UMNO sebab tu dia pakai topeng tak nak identitinya terdedah tapi kalau kita "reverse" sikit mamat tu ahli PAS tapi bertopeng sebab takut puak-puak lain yang tak mau turun kenal !  Haa macam mana ?

Kepada Salleh Man jangan jadi bacullah..ini soal kalimah Allah yang perlu dipertahankan bukan soal takut kena penampar Guan Eng !!

Kalau diri sendiri sebagai PESURUHJAYA NEGERI bagi parti yang kononnya memperjuangkan Islam langsung tak terlibat , ang perjuang apa ??? nampak sangat pencacai DAPigs...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels