Followers

Saturday, 29 December 2012

PANAZZ Jaclyn Victor You Buat Apa Nii ???


Ianya kini muncul kembali ! Sebelum MMI teruskan entri ni perlu dijelaskan terlebih dahulu bahawa MMI antara jutaan umat Islam khususnya di Malaysia yang menghormati mereka-mereka yang bukan dari kalangan penganut agama Islam.Apatah lagi mahu mengkeji mana-mana agama dalam dunia kerana itu adalah hak masing-masing.

Namun sebagai umat Islam , MMI kurang selesa dengan tindakan yang dilakukan oleh Jaclyn Victor seorang penyanyi bersuara lantang yang telah menyanyikan sebuah lagu berjudul HARAPAN BANGSA yang dikira agak keterlaluan dari segi liriknya.


Tidak ada salahnya lagu ini sekiranya lirik yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor tidak menyentuh tentang semua bangsa khususnya di Malaysia.Untuk makluman semua , di Malaysia seperti mana yang semua tahu bangsa Melayu adalah bangsa dominan dan bangsa Melayu sebenarnya sudah sinonim dengan agama Islam tanpa MMI menafikan terdapatnya mereka yang berbangsa Melayu bertindak keluar dari agama ataupun MURTAD.

Tetapi menyamakan semua bangsa akan menyembah Jesus amatlah keterlaluan dan pasti tidak dapat diterima oleh umat Islam di Malaysia.

MMI sudah pun mengeluarkan entri berkenaan isu ini semenjak 19 Oktober 2012 yang lalu.Kepada semua yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut dan mendengar sendiri lagu yang MMI maksudkan sila Klik Sini.

Rasanya Jaclyn dan mereka yang terlibat dengan pembikinan lagu ini tahu tentang rasa kurang senang orang-orang Islam di Malaysia namun sehingga entri ini ditulis lagu HARAPAN BANGSA masih tetap sama dan masih boleh di layari di YouTube.Tidak ada langsung tindakan yang diambil bagi mengubahsuai lagu tersebut supaya tidak lagi mengundang rasa tidak senang dikalangan umat Islam di Malaysia.

Soalnya mengapa ? Apakah mereka melihat isu ini sekadar picisan ? Atau barangkali ianya ada kena mengena dengan pihak-pihak tertentu yang sentiasa berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Malaysia ?

Dalam suasana dan keadaan ketika ini lagu HARAPAN BANGSA cukup tidak sesuai dilaungkan.

MMI.

2 comments:

  1. Malaysia belong tu Jesus..dlm klip video tu jelas membuktikan dakwaan usaha individu tertentu dlm DAP utk menjadikan Malaysia negara Kristian adalah dakwaan yg benar..

    ReplyDelete
  2. Saya amat sedih dan rasa terkilan juga dengan berita berita hangat sapertini. Saban hari kita disogokkan dengan berita berita yang mencabar agama dan bangsa Melayu. Nampaknya serangan dilakukan berterusan dan belum lagi terlihat titik nokhtah.

    Dimanakah undang undang dinegara ini? Ada kah undang undang yang sediada hanya layak disimpan sebagai hiasan? Oleh kerana tiada tindakan undang undang, maka lahirlah pula laungan “kalmia Allah”. Sampai bila kah umat Islam harus berdepan dengan ancaman saperti ini, atau adakah pehak kerajaan hanya menunggu umat Islam bangkit dan bertindak sendirian?

    Bukan saja dari segi agama malah bangsa dan bahasa juga turut diperlekehkan. Apa dah jadi dengan kepimpinan sekarang ini. Macamanalah hendak dipertaruhkan UNDI dalam PRU kelak?

    انتارا_كيت

    ReplyDelete

Labels