Followers

Sunday 9 December 2012

Shila Amzah Bakal Berentap Dengan Artis Tersohor Dunia


Semakin hari Rezeki Juara Asian Wave Shila Amzah semakin naik,itu lah berkat kesabaran dan usaha Shila Amzah.Ampa tau ka , Shila Amzah telah menjadi artis pertama Malaysia yang tercalon dalam "World's Best Female Artist".

"World's Best Female Artist" ialah salah satu anugerah tertinggi di dunia bagi mengiktiraf golongan artis perempuan. Dalam "World's Best Female Artist" ini 41 peserta akan dipilih di seluruh dunia dan Shila Hamzah salah seorang daripadanya. 

Pencalonan ini meletakkan Shila sebaris dengan artis wanita terhebat dunia seperti Adele, Serena Gomez, Beyonce, Taylor Swift, Rihana, Nicki Minaj, Pink, Lady Gaga, Kety Perry, Kelly Clarkson, Jennifer Lopez.

Tahniah MMI ucapkan kepada Shila. Rezeki penyanyi ini semakin murah dan tidak mengejutkan nanti Shila bakal diikat kontrak oleh syarikat gergasi dunia. Shila Amzah telah tersenarai sebagai calon utama dalam kategori "World’s Best Female Artist" menandingi 40 calon hebat yang lain.

Pencalonan ini bermakna Shila Amzah kini terpaksa bersaing dengan Adele, Taylor Swift, Selena Gomez, Pink, Kelly Clarkson & Madonna Menurut laman Wikipedia, majlis anugerah ini mengiktiraf artis berdasarkan rekod jualan album & lagu di seluruh dunia namun ada laman untuk mengundi yang belum berfungsi.

Tahniah buat Shila Amzah yang berjaya di calonkan. Tapi Dalam Gambar pencalonan mereka letak gambar Shila Amzah tak pakai tudung.


Diharapkan masa majlis anugerah berlangsung Shila Amzah menjadi satu-satunya "World Best Female Artist" yang memakai tudung.Terbaiklah Shila , MMI sentiasa menyokong..Memang "World" lah..

Psstt teringin juga nak jumpa N.D Lala ops silap Shila Amzah hehe...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels