Followers

Wednesday, 19 December 2012

RASUAH Guan Eng SERANG MEDIA !!!


Sudah terang lagi bersuluh itulah antara ungkapan yang MMI rasa sesuai sekali ditujukan kepada Guan Tak Ada Ong ni.Beliau sebagai antara pemimpin tertinggi parti DAPigs terus-terusan menyerang siapa saja asalkan setiap kelemahan dan kesalahan yang berlaku sama ada dalam parti mahupun mana-mana pemimpin DAPigs dapat diselamatkan.

Berbohong dan memutar belit kenyataan merupakan kepakaran utama Guan Eng malah kadang kalanya lebih hebat dari si Anwar sendiri.

Seperti semua sedia maklum Kongres DAPigs baru saja selesai dan suasana kongres kali ini tidaklah seperti mana sebelum-sebelum ini kerana ianya sedikit tercemar dengan isu gejala rasuah yang didedahkan sendiri oleh perwakilan DAPigs iaitu Ng Suee Lim.

"Atas keprihatinan terhadap parti, saya ada nampak elemen-elemen sedemikian (politik wang) diamalkanlah, mereka mengamalkan budaya itu untuk menarik sokongan ahli-ahli parti".Begitulah antara kata-kata daripada beliau Baca Seterusnya.

Namun macam biasalah Guan Eng tetap menafikan perkara tersebut hingga menuduh pihak media memutar belitkan kenyataan serta tidak melaporkan perkara yang sebenar Baca Seterusnya.   

Bagitulah sikap bongkak dan sombong pemimpin DAPigs yang sering dipuja oleh juak-juak dan pemimpin parti pengkianat bangsa PAS dan PKR selama ini.

Kepada semua , pendedahan oleh wartawan Berita Harian adalah bukti bahawa segala yang dilaporkan oleh media arus perdana adalah benar dan berlaku.Malah para media yang turut berada dalam kongres DAPigs baru-baru ini bagi membuat liputan ternyata kecewa dan marah dengan tindakan Guan Eng yang seolah-olah buta dan pekak. 

Tidak bertanggungjawab! Itu rumusan boleh ditujukan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa media arus perdana memutar belit kenyataan seorang pemimpin parti itu mengenai bibit politik wang yang didakwa sudah bermula dalam DAP.

Tuduhannya kepada media itu mungkin bagi menutup isu berkenaan, malah Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga enggan mengakui wujud gejala sedemikian.

Sambil menuduh media tidak memahami isi perbahasan oleh perwakilan Selangor, Ng Suee Lim pada hari pertama Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 itu, Guan Eng turut mensasarkan kemarahannya kepada Barisan Nasional (BN).

"Berita ini diputar belit media arus perdana. Beliau (Suee Lim) tak cakap pun ada politik wang dan berkata, kita perlu hindarkan politik wang tetapi media arus perdana tulis ada politik wang dalam DAP.

"Sudah 46 tahun tiada politik wang dalam DAP. Hanya BN pandai nyanyi 'money money'...  (politik wang) BN punya kerja," kata Guan Eng ketika berucap menggulung perbahasan pada hari kedua kongres berkenaan.

Reaksi anak Lim Kit Siang itu menyebabkan semua wartawan di Pusat Sukan Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) saling memandang antara satu sama lain dan hairan dengan tuduhan yang dilemparkannya.

Manakan tidak, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan kongres itu jelas mendengar isu politik wang dibangkitkan Suee Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan.

Katanya: "Ahli kita (DAP) juga sudah bertambah dan ada pemimpin sekarang ada bibit-bibit guna politik wang. Walaupun tidak jelas, sudah menunjukkan keadaan ini.  Saya rasa sudah tiba masa kita kaji semula peraturan dalam kepemimpinan pusat, pengerusi, setiausaha agung dan jawatan lain... biar rakyat (perwakilan) memilih secara terus," katanya.

Sebaik turun dari pentas kongres, pengamal media yang hadir dan beberapa wartawan terus mendapatkan Suee Lim untuk penjelasan mengenai kenyataannya itu dan sekali lagi ADUN Sekinchan itu mengesahkan kandungan ucapannya.

Rakaman kata-kata Suee Lim juga diulang untuk didengar beberapa kali dan ditulis dalam laporan berita akhbar keesokannya, manakala portal berita seperti Malaysiakini lebih awal menyiarkannya.

Tidak hairanlah, ramai wartawan menggelengkan kepala dan mencebikkan bibir sebagai tanda protes selain kecewa kerana profesionalisme mereka dipersoalkan dalam permainan politik Guan Eng.

Semua wartawan ketika itu saling bertanya dan semua mengesahkan tidak salah dengar atau salah lapor pendedahan dibuat Suee Lim itu.

"Apa CM (Guan Eng) ini? Ingat kita (media) bodoh ke? Ada rakaman dan kita sudah tanya banyak kali dengan Suee Lim. Dia sendiri cakap ada (bibit-bibit politik wang)  berdasarkan cakap-cakap akar umbi DAP... bukan suka-suka tulis,' kata seorang wartawan yang kecewa dengan Guan Eng.

Bermusuhan dengan media terutama media arus perdana sudah biasa bagi Guan Eng. Media arus perdana sering dijadikan sasarannya untuk menutup kelemahan DAP dan juga rakan pakatan pembangkang.

Malah, difahamkan sudah ada dua arahan tidak rasmi dikeluarkan Ketua Menteri itu untuk tidak membenarkan dua media arus perdana membuat liputan sebarang acara anjuran kerajaan Pulau Pinang dengan alasan media terbabit sering melaporkan berita fitnah dan putar belit selain tidak pernah memberinya ruang untuk memberi penjelasan mengenai isu berbangkit.

Perangai buruk Guan Eng itu secara tidak langsung mencerminkan sikap tidak telus dan tidak profesionalnya selaku pemimpin selain tidak menghormati wartawan yang bekerja bertungkus lumus menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

Diakui, memang ada berita yang disiarkan tidak menyebelahi pembangkang, tetapi ia berdasarkan sumber penulisan yang diberi kepada wartawan terbabit, bukan ditulis sesuka hati.

Wartawan turut mengambil inisiatif berusaha mendapatkan maklum balas untuk mengimbangi laporan, namun ada di antara pemimpin pembangkang enggan melayan, sekali gus menyebabkan laporan menjadi berat sebelah.Berita Harian.

Isu tidak membenarkan dua media arus perdana membuat liputan dalam mana-mana acara anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang merupakan bukti jelas bahawa pembangkang sebenarnya menyekat kebebasan media itu sendiri kerana mereka lebih dahagakan berita berbentuk FITNAH dan HASUTAN.

Namun perlu diingat perkara pokok adalah isu gejala rasuah yang berlaku dalam DAPigs , tindakan menyerang media dan menyekat liputan media merupakan "diversion" supaya ianya tidak menjadi isu utama.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels