Followers

Wednesday, 26 December 2012

Tergadainya Tanah Kelantan - Rakyat Jangan Lupa Tentang Perjanjian PANGKOR 2 !!


Pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang isu yang tengah panas macam pisang goreng sekarang ni apa lagi kalau bukan pendedahan oleh blogger otai pisau.net berkenaan isu tanah di Kelantan yang terpaksa digadaikan demi menempatkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak sewaktu Pakatan Haprak menang pada 2008 yang lalu.

Isu ini sudah pun berlarutan sehingga ke sidang dewan undangan negeri Perak yang menyaksikan timbul ketegangan sewaktu isu ini ditimbulkan oleh ADUN BN.Baca Sini.

Dalam kesibukan banyak pihak membicarakan tentang isu tersebut sebenarnya rakyat harus diingatkan tentang satu pendedahan oleh abang kepada Nizar iaitu Fadhil Jamaluddin satu ketika dulu tentang "PERJANJIAN PANGKOR 2".

Merujuk kepada kenyataan daripada Fadhil Jamaluddin pada tarikh 6 Julai 2008 yang lalu beliau difahamkan bahawa kerajaan negeri Perak yang dipimpin oleh adiknya dari parti Pas telah menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang menteri besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam.

Difahamkan, dalam perjanjian itu Mohammad Nizar sebagai menteri besar juga tidak boleh menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

Katanya, ini akan mengubah persepsi orang Melayu terhadap kontrak sosial yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan masyarakat lslam dan juga orang Melayu.

Beliau tidak menafikan perjanjian tersebut jika ditunaikan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak bakal menimbulkan implikasi besar dan akan mewujudkan penentangan besar-besaran oleh orang Melayu.

''Jadi saya harap UMNO Perak bangkit bagi mengembalikan maruah bangsa dan agama lslam yang kini cuba diperalatkan di bawah 'Perjanjian Pangkor II' kerana ia jelas bertentangan dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan selama ini," katanya.

Difahamkan, DAP telah meminta Nizar menandatangani surat 'Perjanjian Pangkor II' sebelum bersetuju melantik wakil Pas itu menjadi Menteri Besar Perak.Baca Sini.

Persoalannya sedarkah kita di sebalik Perjanjian Pangkor 2 tersebut apakah perkara mahupun perjanjian lain yang mungkin berlaku dan dilakukan secara SULIT ?

Apakah Perjanjian Pangkor 2 itu ada hubung kaitnya dengan pendedahan yang dilakukan oleh blogger otai pisau.net ?

Nampak gayanya isu ini berkemungkinan akan berlarutan dan mungkin ada lagi pendedahan yang akan didedahkan selepas ini...Sejauh mana ianya akan berakhir ? hanya masa yang menentukan...

Maklumat selanjutnya Klik Sini.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels