Tindakan Ariffin S.M Omar Naib Pengerusi DAPigs yang meletakkan punca kepada gejala rasuah kerana terlalu ramai bangsa Melayu dalam sektor awam ternyata memakan diri.Malah cubaan Guan Eng selaku orang besar dalam parti DAPigs hari ini untuk membela Naib Pengerusi DAPigs yang baru turut mengheret beliau dalam pentas raja lawak hasil nukilan Ariffin sendiri.
Isu bermula dengan ucapan oleh Ariffin S.M Omar sewaktu kongres DAPigs di Pulau Pinang baru-baru ini.Beliau dilihat dengan jelas menyatakan bahawa rasuah boleh dibanteras dengan lebih berkesan jika perkhidmatan awam dan polis tidak dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja.
"Kalau penjawatan awam itu terdiri daripada berbilang kaum maka kita dapat cegah rasuah juga, ini satu cara untuk mencegah rasuah yang terdiri daripada pelbagai kaum, gejala rasuah ini tahu sajalah satu gejala paling dasyat dalam institusi awam".
“Saya mahu PDRM berikan layanan yang sama kepada semua bangsa lain juga, tidak boleh hanya berikan layanan yang lebih sahaja kepada bangsa Melayu, mesti adil juga kepada bangsa India dan Cina,” kata beliau.
"Polis perlu keanggotaan kaum lain dalam mencegah rasuah dan sebagainya. Ini kerana kes-kes di negara ini seolah-olah PDRM hanya lebih kepada kes orang Melayu," tambah beliau.Baca Seterusnya.
Isu ini semakin panas apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengulas dan menyatakan bahawa kenyataan sedemikian merupakan satu perbuatan bodoh dan amat tidak bertanggungjawab.Beliau berkata kenyataan itu jelas membuktikan parti pembangkang itu selama ini sememangnya bersifat cauvinis dan perkauman.Baca Selanjutnya.
Maka ketika inilah hadir si pembela (Guan Eng) apabila dalam entri terbaru dalam blog miliknya beliau telah menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya memfitnah parti DAP tentang isu "korupsi' itu. Selain daripada itu, Guan Eng (atau penulis untuk Guan Eng) turut menyelitkan perkara-perkara lain yang dilhat tidak relevan dengan isu yang dibangkitkan.
Secara logiknya, tidak mungkin Muhyiddin Yassin akan mengeluarkan sesuatu kenyataan yang berdasarkan kepada isu yang tidak tepat, apatah lagi berunsurkan fitnah.
Buang masa sahaja untuk seorang pemimpin nombor 2 negara untuk melayan dan menjawab isu jika isu itu tidak sahih.
Di antara tuduhan Setiausaha Agung DAP itu :
Ini berikutan serangan berunsur fitnah beliau terhadap DAP sebagai parti yang cauvinis dan rasis, berdasarkan laporan fitnah laman web UMNO AntaraPos.com yang memetik Naib Pengerusi DAP baru Senator Dr Ariffin SM Omar sebagai berkata bahawa rasuah dalam perkhidmatan awam akan dibanteras jika ia tidak dimonopoli oleh satu kaum sahaja.Ariffin telah pun menafikan dengan kuat kenyataan ini. Malah beliau tidak pernah membayangkan bahawa punca korupsi dalam perkhidmatan awam adalah kerana ia dimonopoli oleh orang Melayu.DAP akan bersetuju dengan Muhyiddin jika benar Ariffin telah membuat kenyataan yang bodoh itu. Tetapi, adalah Tan Sri Muhyiddin yang kelihatan bodoh kerana bergantung kepada fitnah yang difabrikasi UMNO.Blog Guan Eng.
Satu kesilapan besar Guan Eng yang kita nampak ialah anak Kit Siang itu tidak merujuk kepada sumber lain yang melaporkan kenyataan kontroversi itu.
Bukannya 'Tepat dari sumber' Harakah yang diketahui putar belit dan berbohong tetapi Guan Eng sepatutnya turut merujuk kepada portal AntaraPos.com.
Manalah tahu, Guan Eng terkantoi sekali lagi kerana bukti sudah ada di tangan portal itu. Dan Arrifin SM Omar, wakil 'atas ekhsan' DAPigs sudah tentu tidak akan mengaku sama seperti kes Mansor Othman dan Guan Eng.
Dan memang benar, Guan Eng DAP seperti terperangkap sekali lagi dengan video bukti transkrip temuramah portal AntaraPos dengan Ariffin SM Omar!
Lihat bukti video di bawah :
Video di atas begitu jelas menunjukkan kenyataan wakil 'atas ekhsan' DAPigs seperti yang dilaporkan oleh portal dan dinyatakan oleh Muhyiddin Yassin.
Dan yang paling penting sekali ialah Timbalan Perdana Menteri tidak membuat fitnah seperti yang didakwa oleh anak Kit Siang itu!
Setiausaha Agung DAP juga menuduh portal AntaraPos menabur fitnah dan 'fitnah fabrikasi UMNO'
So, how now?
Lim Guan Eng DAP telah menulis,
DAP akan bersetuju dengan Muhyiddin jika benar Ariffin telah membuat kenyataan yang bodoh itu. Tetapi, adalah Tan Sri Muhyiddin yang kelihatan bodoh kerana bergantung kepada fitnah yang difabrikasi UMNOSekarang dengan bukti video yang jelas menunjukkan kenyataan Ariffin, siapakah yang bodoh sebenarnya?
Cocky, Arrogant tetapi bodoh??
Bagaimana pun, sekalung tahniah kepada wakil itu yang berjaya memperbodoh-bodohkan boss beliau.
sumber Dr MiM
MMI.
No comments:
Post a Comment