Followers

Tuesday, 22 January 2013

Anwar Resah Permatang Pauh Makin Longgar !!


Sebut saja Permatang Pauh sudah pasti ramai yang mengetahui ianya merupakan kawasan atau kubu kuat kepada Anwar Ibrahim.Malah disini jugalah rakyat Malaysia dapat menyaksikan bagaimana Anwar mengorbankan Wan Azizah semata-mata bagi mendapatkan kerusi parlimen bagi menjadikan beliau ketua pembangkang.

Melihat kepada senario ini saja kita sudah dapat mengagak manusia bernama Anwar ini sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita dan kerakusannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun kini segala yang dirancang oleh Anwar nampaknya semakin tidak menjadi bahkan beliau kini dilihat semakin resah dengan perkembangan politik terkini.

Jika dulu beliau bermegah dengan puluhan ribu rakyat membanjiri ceramah-ceramah yang diadakan kini ianya semakin di tolak oleh rakyat , jika dulu himpunan dan demo jalanan mampu mencecah lautan manusia kini ianya tidak lagi berlaku  malah jika dulu Permatang Pauh adalah aset dan kubu kuatnya kini ianya tidak lagi.

Bob Lokman yang turun ke Permatang Pauh baru-baru ini juga GAGAL mendapatkan rentak yang secukupnya bahkan suasana pentas ceramah yang diadakan di Permatang Pasir sekalipun hambar dengan hanya beberapa kerat saja penjilat tegar Anwar Ibrahim dan budak-budak PAS yang hilang arah boleh dikumpulkan. 

Kehdiran Tun Mahathir dalam satu program di Permatang Pauh baru-baru ini anjuran PERKASA yang telah berjaya menarik 6000 kehadiran sedikit sebanyak menyebabkan Anwar tersentak.Kebimbangan ini ditambah dengan "banner" program yang bertebaran di sekitar Permatang Pauh cukup untuk menjadikan Anwar antara yang pling tidak senang duduk.

Kubu sudah mula dibolosi ! Jentera Pakatan Haprak diberitakan sedang merancang dan mengatur strategi baru dan sudah semestinyalah gula-gula sedang dipersiapkan bagi mendapat kepercayaan rakyat semula.

Namun ada sesuatu yang Anwar terlupa Permatang Pauh sudah lama tidak mendapat sentuhan Anwar dari segi infrastrukturnya malah anda boleh melihat sendiri bagaimana keadaan di Permatang Pauh tidak banyak berubah.

Berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional kerana jentera ini konsisten dalam khidmat kepada masyarakat malah selama ini pemimpin-pemimpin inilah yang bekerja keras mendekati rakyat serta menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit.

Anwar juga semakin tak senang duduk kerana Mansor yang kini merupakan liabiliti kepada PKR dilihat semakin tenat malah beliau hanya menanti masa untuk di korbankan sama ada oleh rakyat mahupun pimpinan Pakatan Haprak sendiri (tunggu dan lihat).

Salleh Man pula hanya mampu tersenyum kerana tangan dan kaki beliau diikat oleh Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang malah beliau kini sudah mula dipertikaikan bukan saja oleh masyarakat tetapi juga ahli-ahli PAS sendiri.

Dengan semua diatas Anwar tahu bahawa PRU13 kali ini bukan main-main , LONGAR ! LONGAR ! satu kesilapan kecil Permatang Pauh bakal tumbang ke tangan Barisan Nasional.

Menggunakan auranya sahaja tidak mencukupi kerana rakyat sudah semakin kenal siapa Anwar Ibrahim.Beliau perlu kerahkan segala jentera yang ada bagi menggempur Permatang Pauh dan terkini diberitakan Adam Adli telah dibawa ke Permatang Pauh bagi membantu Anwar Ibrahim.

Selain dari itu sudah pasti kek coklat dihiasi manisan terbaik bakal diturunkan sedikit masa lagi.

Perlu diingat kek ini bukan selalu ada ianya akan dikeluarkan apabila tiba masa tertentu dan semua itu dilakukan demi menagih undi simpati rakyat dan masyarakat Permatang Pauh.

Apa pun yang bakal berlaku di Permatang Pauh hanya akan ditentukan oleh pengundi -pengundinya , cumanya Permatang Pauh kini bukan lagi kubu kuat Anwar dan Pakatan Haprak.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels