Followers

Thursday 31 January 2013

Betapa TERDESAKnya PAS Menghadapi Kemaraan UMNO !!


Kenyataan Presiden PAS yang terbaru jelas membuktikan betapa dangkalnya PAS dalam menghadapi kemaraan UMNO khususnya dalam persediaan untuk PRU13 nanti.Sikap yang ditunjukkan oleh Hadi ternyata amat memalukan malah tindakan yang diambil oleh PAS terhadap Nasharudin jelas menunjukkan PAS semakin terdesak.

Tindakan kebudak-budakkan yang ditunjukkan oleh seorang Presiden parti seperti Hadi amatlah memeranjatkan dan bagi MMI ianya merupakan BUKTI bahawa PAS sememangnya amat membenci serta   BERDENDAM dengan UMNO dan kerana itulah PAS hari ini semakin jauh terpesong.

Soal perjuangan diketepikan apatah lagi perjuangan Islam yang diwar-warkan langsung tidak menjadi asas perjuangan mereka malah sesiapa saja yang didapati cuba atau bersama dengan UMNO atas kapasiti apa sekalipun akan dianggap sebagai musuh.

Baca kenyataan Hadi di bawah ,

Nasharudin Mat Isa kini hanyalah seorang ahli biasa parti selepas bekas Timbalan Presiden Pas itu dipecat daripada menganggotai Majlis Syura Ulama parti.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, malang bagi UMNO kerana mendapatkan bantuan daripada seorang ahli biasa parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan maksud bantuan yang dimaksudkan tetapi dipercayai berkaitan penyertaan Nasharudin ke Gaza bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

''Dia ahli biasa Pas. Sangat malang bagi UMNO tiada orang, terpaksa ambil bantuan ahli biasa Pas,'' katanya kepada pemberita selepas ceramah perasmian Karnival Kedah Sejahtera Pas Kawasan Pokok Sena di sini malam tadi.

Beliau ditanya mengenai status Nasharudin selepas dipecat sebagai anggota Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.

Kesian tengok puak-puak ni ....Perangai macam budak-budak dan kenyataan oleh Hadi itu membuktikan Nasharudin sememangnya dipecat dari Majlis Syura PAS kerana bersama PM ke Gaza dan bukan kerana beliau tidak layak dari ilmu agama untuk berada sebaris dengan ulama PAS yang lain.

Dan persoalannya kini sejauh mana Majlis Syura PAS itu adalah badan yang dianggotai oleh ulama khususnya bagi kepentingan agama Islam kerana tindakan memecat Nasharudin adalah bukti Majlis Syura PAS adalah badan POLITIK bukannya badan agama.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels