Followers

Wednesday, 30 January 2013

BN Yakin RAMPAS Tidak Kurang Dari 20 Kerusi PR


Barisan Nasional (BN) menaruh keyakinan berpeluang untuk  merampas sekurang-kurangnya 20 kerusi  daripada 82 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Pembangkang dalam usaha untuk memberikan kemenangan 2/3 majoriti kepada BN pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU) yang akan datang di samping mengekalkan kemenangan di semua kawasan Parlimen BN.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin, setakat ini  BN telah mengenal pasti kawasan-kawasan DUN dan Parlimen yang boleh dirampas kembali terutama di sekitar Semenanjung.

“BN kini sedang berusaha keras ke arah itu. Kita juga telah mengenal pasti kerusi-kerusi yang mempunyai peluang yang cerah untuk memberikan kemenangan kepada BN pada PRU yang akan datang. Ini bukan sekadar cerita atas kertas saja, tetapi kita telah menjalankan gerak kerja yang tersusun untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita pada kawasan yang kita sasarkan,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Jelasnya lagi, kebanyakkan kerusi yang menjadi sasaran BN itu ialah di kawasan-kawasan di mana BN mengalami kekalahan tipis atas pelbagai sebab, termasuk kerana sebab sabotaj yang berlaku pada PRU ke 12 sebelum ini.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan,  berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil dari gerak kerja jentera BN, kerusi-kerusi yang BN tewas tipis di tangan Pakatan Pembangkang diyakini boleh dimenangi semula oleh BN pada PRU ke 13 akan datang.

“Kita sudah kaji dengan teliti dan kita dapati, kebanyakkan kerusi yang menjadi sasaran kita itu adalah kerusi-kerusi yang mana kita mengalami kekalahan yang tipis akibat beberapa perkara seperti sabotaj, masalah dalaman dan calon yang tidak digemari penduduk setempat.

“Justeru itu, kita akan memastikan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan BN mengalami kekalahan tipis itu akan diperbaiki dan In shaa Allah, sekiranya jentera BN terus berusaha keras, kita akan mendapat kesemua jumlah kerusi yang menjadi sasaran BN atau mungkin lebih dari itu,” ujarnya. -MediaUMNO

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels