Followers

Wednesday 30 January 2013

Lagi Pemimpin PAS Di Jangka Di Pecat Majlis Syura


Seorang pemimpin kanan Pas dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu, Zainon Ismail.

Katanya, beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama Pas ialah Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib.

Beliau berkata, tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.

“Majlis Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N. Al-Afghani.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi "Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia" yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu. - BERNAMA

Kalau ianya benar siapa agaknya yang akan mengepalai pemecatan ni ?

MMI.

1 comment:

  1. pecat jgn tak pecat !!!
    'Allah swt sekali kali tidak akan membiarkan org org beriman dlm keadaan kamu skrg ini, sehingga Dia menyisihkan yg buruk dr yg baik....' Ali Imran 179.

    ReplyDelete

Labels