Followers

Wednesday 9 January 2013

EKSKLUSIF Mengapa Mereka Ini DiBiarkan BEBAS ?!!


Keputusan Hadi Awang bersama pemimpin Pakatan Haprak yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam sudah pun diumumkan semalam.Pelbagai reaksi dari pelbagai pihak telah dapat kita lihat,baca serta dengar dan sudah pasti banyak pihak mempunyai tanggapan dan pandangan masing-masing.

MMI sendiri pun turut memberikan pandangan khususnya berkenaan pendirian pimpinan PAS yang sebelum ini menentang serta menolak penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam.Baca Sini

Sebelum itu MMI nak mengajak semua untuk sama-sama kita melihat sejauh mana kuasa yang ada pada puak Pakatan Haprak ini dalam membuat keputusan berkenaan kalimah Allah dalam konteks undang-undang dan perlembagaan negara kita Malaysia.

Kita harus tahu bahawa Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang berperlembagaan dan seperti yang semua tahu Islam merupakan agama persekutuan.Maka sebagai agama yang diiktiraf oleh perlembagaan persekutuan tanpa menafikan agama-agama lain untuk dianuti maka dengan jelas sekali ianya merupakan agama rasmi negara.

Ada pandangan yang menyatakan Islam bukan agama rasmi negara kerana tidak di sebut dalam perlembagaan sebagai rasmi tetapi sebaliknya sebagai agama persekutuan.Namun perlu diingatkan hanya agama Islam yang disebut sebagai agama persekutuan bukannya agama-agama lain yang boleh dianuti, jadi berdasarkan Islam sebagai agama yang paling tinggi dalam perlembagaan maka ianya wajar dianggap sebagai agama rasmi negara.

Untuk melihat gambaran yang lebih jelas tentang isu ini maka bolehlah anda semua merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden , Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Klik Sini dan Dr Mohd Roslan Mohd Nor Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia.

MMI tertarik untuk berkongsi dengan anda semua beberapa perkara yang menyentuh tentang perlembagaan yang di tulis oleh Timbalan Presiden PGSM berkenaan kuasa yang diberikan di bawah perkara 11 (4) Perlembagaan yang menyebut,

Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”

Berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah perkara 11 (4) Perlembagaan tersebut, maka kerajaan-kerajaan negeri sejak 30 tahun yang lalu telah meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam,    

Antaranya adalah perkataan-perkataan yang dilarang digunakan bagi maksud seksyen 9 tersebut ialah - Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilham, Allahu Akbar, Insyallah, Astaghfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masyaallah, Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim.(Selebihnya baca kenyataan Timbalan Presiden PGSM diatas)

Walaupun perkataan Allah itu tidak disebut tetapi perkataan-perkataan lainnya jelas sekali mengandungi perkataan Allah seterusnya menjadikan kalimah Allah itu sebagai perkataan yang dilarang digunakan.

Merujuk pula kepada Majlis Fatwa Kebangsaan , Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Baca Seterusnya 

Merujuk pula kepada Perkara 3 (1) Perlembagaan memperuntukkan bahawa : “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama tertinggi Negara bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagai mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam sewaktu Negara ini dibentuk.

Kedudukan Perkara 3 ini sudah pun diperjelaskan melalui penghakiman-penghakiman yang diputuskan oleh mahkamah, namun ada pihak yang masih mempertikaikannya. Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007] 3 AMR 693,  Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi makna Islam sebagai “bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.

Peruntukan Perkara 3 ini amat bersangkut paut dengan kelangsungan kuasa Raja-raja Melayu, sebagai ketua agama Islam di persekutuan dan di negeri-negeri. Peruntukan ini tidak mudah untuk dipinda, kerana ia perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, walaupun setelah mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen.

Dengan peruntukan perlembagaan ini jelas sekali Raja-Raja Melayu yang diangkat sebagai Ketua Agama Islam bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri haruslah di hormati dan mempunyai kuasa penuh terhadap sebarang perkara yang berkaitan dengan hak dan hal ehwal agama Islam di Malaysia.

Berbalik kepada isu keputusan oleh Haji Hadi dan barisan pimpinan Paktan Haprak yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam , 

Siapa mereka (Hadi & barisan pimpinan PR) untuk menentukan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam ?

Keputusan yang dibuat Hadi dan barisan pimpinan Pakatan Haprak itu jelas sekali membelakangkan undang-undang dan perlembagaan negara Malaysia yang memperuntukan kuasa kepada mereka-mereka yang berhak dalam membuat keputusan.

Sikap Pakatan Haprak yang membuat keputusan tersebut turut tidak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan membelakangkan Majlis Raja-Raja yang mempunyai kuasa dalam menentukan hal ehwal agama Islam di Malaysia.

Apakah tindakan Hadi dan barisan pimpinan Pakatan Haprak yang membut keputusan membolehkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam itu merupakan tindakan yang betul khususnya dari segi perundangan dan perlembagaan negara Malaysia ?

Bukankah tindakan itu sudah pun melanggar undang-undang dan perlembagaan negara ?

Terkini Sultan Selangor sudah pun membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.Baca Seterusnya 

Oleh itu pada pandangan MMI , merangkumi semua yang diatas tindakan Hadi dan barisan pimpinan Pakatan Haprak dalam isu membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam adalah SALAH dan tindakan amat perlu diambil oleh pihak yang berwajib.

Soalnya mengapa mereka dibiarkan BEBAS ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels