Followers

Wednesday, 9 January 2013

Haron Din,Tuan Ibrahim Tuan Man & Dr Rani Osman UMUM Keluar PARTI ?!!


Rentetan daripada isu kalimah Allah yang dituntut oleh banyak pihak yang bukan dari kalangan Islam akhirnya sampai ke penamatnya.Semalam PAS bersama dengan sahabat sesyurganya sudah pun membuat keputusan untuk membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam amalan agama mereka.

Keputusan rasmi Pas berhubung dengan isu kalimah Allah dibacakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, menegaskan Pas konsisten dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan parti itu pada 4 Januari 2010 sebelum ini.


PAS adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: “Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah” pada bulan Januari 2010.

Kalimah “ALLAH” adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Kalimah “ALLAH” tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.Baca Seterusnya

Apa pun yang dibicarakan sekarang , PAS bersama Majlis Fatwanya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sudah pun bersetuju dan mengeluarkan kenyataan seperti diatas.

Sebagai orang Islam , MMI sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan ianya menunjukkan betapa lemahnya PAS hingga sanggup menggadaikan maruah Islam dan perjuangan sendiri.

Sejauh mana Haron Din , Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Rani Osman menerima keputusan ini MMI sendiri kurang pasti cumanya jika melihat kepada pendirian mereka sebelum ini bermakna PAS menafikan pandangan ahli dan pemimpin mereka sendiri.



Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. 

Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.Baca Seterusnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man 
Ketua Penerangan PAS Pusat
26 Disember 2012


Pas Selangor mencemuh tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, isu kalimah ALLAH tidak boleh dijadikan polemik kerana sangat sensitif melibatkan umat Islam dan boleh menimbulkan ketegangan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

Mengulas lanjut berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu, beliau menyifatkan perkataan ALLAH boleh digantikan dengan perkataan Tuhan atau ‘God’ seperti di kebanyakan negara Barat.Baca Seterusnya

Jika merujuk kepada kenyataan daripada ketiga-tiga pemimpin parti PAS diatas jelas mereka tidak sependapat dengan keputusan Hadi bersama Ahli Majlis Fatwanya.

Maka sejauh mana pendirian mereka terhadap keputusan ini ? Apakah mereka masih kekal dengan pendirian asal ?

MMI mengharapkan mereka tidak SEHAPRAK dengan pemimpin dan juak-juak PAS yang lain.

MMI.

4 comments:

  1. Hadi Awang guna ayat Ali'Imran:64 sebagai perisai beliau utk mempertahankan sokongan PAS untuk penggunaan kalimah Allah untuk kafir laknatullah. Ayat ini berkenaan seruan Nabi Ibrahim kepada Ahli Kitab untuk berpegang kepada satu kalimah iaitu "ALLAH"... tetapi di ayat seterusnya Ali'Imran:65, Allah berfirman "Wahai Ahli Kitab! kenapa kamu berbantah-bantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berfikir?"... maksudnya seruan berpegang kepada kalimah Allah kepada Ahli Kitab umat Nabi Ibrahim ini tidak boleh digunapakai sesudah Taurat dan Injil diturunkan... Allah Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  2. keluarlah demi agama islam,jangan terus bersubahat..

    ReplyDelete
  3. Tegakkan kebenaran Islam sebenar daripada pentingkan Parti Politik yg dianuti...nampak kecelaruan yg semakin menjadi-jadi oleh puak-puak Anwarinas didlm PAS...

    ReplyDelete
  4. wahai para alim ulama yg dihormati dan disanjungi keluarlah dari PAS kalau dah terbukti terang lagi bersuluh andainya kalimah paling agung ALLAH pun nak digadaikan kpd sekutu PAS tiada lagi apa yg tinggal nak diperjuangkan dlm parti tersebut...

    ReplyDelete