Followers

Saturday, 19 January 2013

GEMPAR Pemilihan MBM JAIS Kena JUAL ???


MMI antara yang terkejut apabila secara tiba-tiba nama Jais Abdul Karim Presiden GPMS Kebangsaan diberitakan antara calon yang akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) mencabar kedudukan Presiden MBM sedia ada Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang juga dari GPMS.

Dari pembacaan dan pendedahan yang MMI baca melalui blog teman-teman kelihatannya seolah-olah wujud konflik politik belia dalam pemilihan kali ini.Jika sebelum ini hanya parti politik saja sering kali dilabelkan sebagai politik namun kini pergerakan belia juga turut tidak dapat lari daripada politik sesama mereka.

Malah dari pemerhatian MMI sebenarnya ianya jauh lebih dasyat dan teruk dari parti politik itu sendiri.Maaf sekiranya ada pihak yang kurang berpuas hati dengan apa yang MMI katakan namun percayalah ahli-ahli belia diluar sana faham apa yang MMI katakan.

Konflik ini sebenarnya semakin parah apabila terdapat blog yang secara terperinci mendedahkan berlakunya unsur politik yang cuba digunakan oleh sesetengah dari mereka bagi mendapatkan kuasa sehinggakan menarik nama YAB PM sendiri.

Bagaimana tiba-tiba nama YAB PM boleh dikaitkan dengan pemilihan Presiden MBM ? 

Sekiranya benar laporan ini ianya amat tidak bertanggungjawab malah tindakan yang dilakukan oleh pimpinan belia di peringkat pusat ini sebenarnya merogol kepercayaan ahli di peringkat akar umbi.

Mengapa MMI berkata demikian ? Baca pendedahan di bawah ,

Seluruh saf kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terkejut apabila Presiden mereka dengan tiba-tiba berkempen ke seluruh negara mahu mencabar Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), sedia ada, Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee. 

Mereka terkejut kerana GPMS sebelum ini telah membuat ketetapan hanya untuk mencalonkan salah seorang wakil pertubuhan tersebut sebagai Naib Presiden MBM bagi pemilihan kali ini? 

Seorang aktivis GPMS bukan sahaja mempersoalkan tindakan Jais membelakangi keputusan Majlis GPMS malah mempersoalkan sumbangan Jais kepada GPMS selama beliau menjadi Presiden GPMS? 

GPMS seperti hidup segan mati tidak mahu di bawah Jais Karim berbanding presiden-presiden sebelum ini. Namun ahli GPMS tidak seharusnya terlalu marahkan Jais kerana beliau telah ditipu oleh Three Stooges dari pejabat Perdana Menteri. 

Three Stooges ini menipu Jais seperti mana mereka menipu YB Noorol Azali Sulaiman pada pemilihan lalu. Noorol dan, sekarang, Jais ditipu kononnya mereka diminta bertanding oleh Perdana Menteri. 

Hakikatnya Perdana Menteri tidak pernah mengambil bahagian dalam pemilihan MBM kerana beliau percaya kepada kebebasan pertubuhan belia.


Oleh kerana dalam pemilihan lalu, pelawak-pelawak ini gagal  mempengaruhi perwakilan mereka mencuba lagi kali ini. Kali ini mereka diketuai oleh "penipu terkemuka"  bergelar Datuk Irmohizam Ibrahim J.P. 

Selaku Naib Presiden MBM yang juga merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri yang bercakap maka tentulah ramai perwakilan akan percaya bahawa kumpulan ini direstui oleh Perdana Menteri. 

Irmohizam merayu-rayu untuk menjadi pegawai khas Perdana Menteri kononnya sebagai wakil belia di dalam pejabat PM beliau boleh menjadi jambatan antara Majlis Belia Malaysia dengan Pejabat Perdana Menteri. Malangnya, pabila diberi jawatan beliau bukannya bekerja untuk Perdana Menteri tetapi beliau bekerja untuk diri sendiri.

Tidak cukup itu bagi memastikan diri beliau mempunyai landasan kukuh untuk bertanding kali ini, Irmohizam telah meminta Datuk Faizal Abdullah menyerahkan Majlis Belia Selangor kepadanya.

Alasannya, sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri beliau boleh menggerakkan MBS dengan lebih baik dan berkesan.

Faizal Abdullah yang cakap pandai dan "boleh meruntuhkan gunung" pun terpaksa menentang arus daripada pemimpin belia Selangor sedia ada seperti Badrulhisham dan Budiman Mohd Zuhdi.

Faizal mengepikan calon-calon pemimpin belia yang telah terbukti bekerja keras memaukan belia Selangor dan memberi laluan kepada Irmohizam kerana takut beliau akan mendapat nama buruk di pejabat Perdana Menteri.

Semua orang tahu perangai tiga ekor Three Stooges ini yang selalu memberi maklumat yang salah kepada Perdana Menteri jika mereka mahu menjatuhkan orang politik yang tidak mendengar pandangan mereka.

pssssssssssssssssssss: Tunggu pendedahan yang lebih panas menjelang perhimpunan MBM hujung minggu ini. Duit, duit, di mana engkau duit!sumber      

Panas memang panas !! ampa juga boleh baca SINI dan SINI 

MMI sendiri kurang pasti sejauh mana kebenaran pendedahan yang dibuat oleh blog tersebut namun sedikit ralat sekiranya ianya benar.

Ralat kerana nama YAB PM digunakan oleh pemimpin seperti Irmohizam bagi mendapatkan sesuatu dan harus diingat tindakan ini sebenarnya bukan saja mampu merosakkan struktur dan kepercayaan para belia sahaja tetapi ianya juga mampu merebahkan kerajaan.

Semuanya kerana beberapa ekor monyet yang mungkin lupa diri mereka itu adalah monyet tetapi mahu mengaku diri sebagai ungka.

Walaupun hati ini cuba untuk mengatakan tidak tetapi kelihatannya seolah-olah benar kerana yang bakal bersaing nanti adalah 2 kepimpinan dan ahli GPMS sendiri.

Apa pun hanya ada dua perkara sahaja yang mampu menyelesaikan konflik politik belia ini iaitu kenyataan rasmi daripada pihak-pihak yang terlibat dan keduanya keputusan pemilihan MBM nanti.

Sama-sama kita nantikan..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels