Pada ketika banyak pihak mendesak pihak berkuasa dan kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pasangan bangsat AlvinVivian dan Duta Vatican , GPMS selaku NGO yang selama ini lantang mempertahankan setiap hinaan malah cacian terhadap bangsa Melayu mahupun agama Islam mengambil pendekatan sebaliknya.
Agak mengejutkan apabila Sdr Jais Abdul Karim selaku Presiden GPMS Kebangsaan yang sebelum ini antara pemimpin NGO yang paling agresif dalam mempertahankan hak orang Melayu khususnya dalam dunia pendidikan anak-anak Melayu dan agama Islam mengambil pendekatan untuk memaafkan mereka yang telah melakukan penghinaan tersebut.
Aduhai apa yang dah berlaku ni ? Kenapa GPMS mengambil pendirian sedemikian ?
Untuk mengetahuinya baca kenyataan media di bawah ..
Kurang pasti apa sebenarnya yang cuba di lakukan oleh GPMS dan barisan kepimpinannya cuma apa yang boleh MMI katakan ianya jauh berbeza daripada tindakan mereka sebelum ini.
Malah dalam beberapa isu sebelum ini khususnya melibatkan 21 rakyat Malaysia yang terlibat dalam perhimpunan haram di Singapura , GPMS dengan lantang mendesak kerajaan untuk melucutkan kerakyatan mereka yang mengadakan domontrasi tersebut.Baca Sini
Banyak pihak melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan oleh Sdr Jais Abdul Karim termasuk MMI sendiri namun bila di teliti kembali kenyataan tersebut jelas sekali GPMS mengambil pendekatan untuk bersangka baik dan memohon maaf sempena dengan bulan ramadhan.
Sesuatu yang agak menarik adalah gesaan dan kenyataan oleh presiden GPMS ini di lihat sebagai usaha untuk memperlihatkan Islam itu jauh lebih baik dari mereka yang menghinanya dengan memberikan kemaafan.Dalam kata mudahnya psikologi minda.
Namun setiap pihak mempunyai pandangan masing-masing , MMI sebagai perantara dalam mengupas isu ini merasakan sesuatu yang berlaku itu sudah pasti mempunyai hikmahnya tersendiri dan kita sebagai manusia harus bijak mendepaninya.
Apa pun yang berlaku jangan sampai tindakan kita hari ini menyusahkan mereka-mereka yang sebangsa dan seagama dengan kita di kemudian hari.
Selepas selesai menunaikan solat Jumaat tengahari tadi beberapa kumpulan NGO Islam yang di ketuai oleh JATI dan PERKASA telah berkumpul dan berarak ke Kedutaan Vatican City di Jalan U Thant, Ampang Hilir.
Antara yang bersama-sama kumpulan NGO Islam ini adalah Datuk Hassan Ali , Ibrahim Ali , Zulkifli Nordin , Hafiz Nordin dan mereka yang bersama-sama dengan PERKASA dan JATI.
Mereka di jangka akan menghantar memorandum bantahan kepada Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino berkenaan sokongan beliau terhadap Gereja Katholik mengenai penggunaan kalimah Allah di dalam bible dan keceluparan Bishop Joseph mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Malaysia.
Sekalung penghargaan buat mereka yang turun menyatakan bantahan dan mengemukakan memorandum tersebut.Sekurang-kurangnya NGO Islam ini bersuara , yang lain pi mana habih ???
Nak kata bodoh nampak macam cerdik , nak kata bangang nampak macam pandai , nak kata kurang ajar lebih dari tu , nak kata biadap memang bangsat pun !! maka tindakan yang dilakukan oleh NGO-NGO Malaysia di ketuai oleh Sdr Jais Abdul Karim amatlah bertepatan sekali.
Kenyataan Media Gabungan NGO-NGO Malaysia Mempertahankan Kenyataan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013 di rasakan kena pada masanya.
Untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ikuti kenyataan penuh di bawah ..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
1. Kami daripada Gabungan NGO-NGO Malaysia memanggil satu sidang media pada hari ini bagi mempertahankan Kenyataan yang dibuat oleh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013 lepas.
2. Sidang media ini dipanggil berikutan LAPORAN TIDAK TEPAT dan BERAT SEBELAH berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang di laporkan di dalam portal www.malaysiakini.com pada 12 dan 13 Mei 2013. Kami sekali lagi menegaskan bahawa malaysiakini.com TIDAK DIJEMPUT HADIR membuat liputan berita di program berkenaan dan sebarang laporan yang dibuat oleh media "penceroboh" ini adalah berniat jahat dengan tujuan mereka untuk melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.
3. Kami menegaskan bahawa apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan telah dimanipulasikan oleh wartawannya dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang berdurasi hampir 60 minit.
4. Laporan berita terpilih dan dilaporkan secara berat sebelah oleh Malaysiakini berkenaan telah menyebabkan timbul reaksi tidak selesa dalam kalangan pembaca sehingga ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah ditafsir dan diulas oleh banyak pihak termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bersifat perkauman. Lebih malang lagi, kesemua yang mengulas di web portal Malaysiakini berkenaan TIDAK PUN HADIR MENDENGAR SENDIRI bagi menilai keseluruhan ucapan berkenaan.
5. GPMS dan Persatuan Alumni UiTM selaku penganjur program bersama dengan pertubuhan-pertubuhan NGO di sini yang hadir ke program wacana berkenaan dengan ini berdiri teguh dan mempertahankan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah dalam program berkenaan.
6. Kami menegaskan bahawa ucapan beliau secara keseluruhannya adalah berbentuk konstruktif mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, sesuai dengan kedudukan dan pengalaman serta kepakaran beliau selaku Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.
7. Beliau di permulaan ucapannya telah memohon izin dewan untuk berkata benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar belaka menurut prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang yang menjadi ikrar setiap rakyat Malaysia.
8. Beliau menegaskan bahawa orang Melayu perlu diberikan kefahaman berkaitan hak-hak mereka seperti yang telah terjamin di dalam Perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan ini telah menjadi asas untuk bernegara yang utama dalam kalangan masyarakat berbilang agama, bahasa dan budaya di Malaysia.
9. Beliau telah menyeru hadirin agar berjihad untuk memperkasakan Perlembagaan selaras dengan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa "Perlembagaan Persekutuan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat yang berlawanan itu".
10. Beliau seterusnya menyentuh berkaitan Perlantikan Perdana Menteri mengikut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan. Beliau menegaskan bahawa tiada peruntukan Perlembagaan yang mewajibkan Perdana Menteri mestilah seorang Melayu dan selanjutnya beliau mencadangkan agar Perlembagaan dipinda bagi memasukkan frasa wajib Melayu menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar atas rasional realiti masyarakat majoriti di Malaysia.
11. Selanjutnya, beliau menyentuh berkaitan Tanah Rezab Melayu yang juga terkandung di dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan serta mencadangkan agar tanah-tanah di lokasi strategik di bandar-bandar di isytiharkan sebagai Tanah Rezab Melayu untuk membolehkan orang Melayu dan Bumiputera turut sama dapat berkongsi kemakmuran dan kekayaan negara.
12. Selanjutnya, beliau turut menyentuh berkaitan agihan kekayaan yang tidak seimbang dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu di negara ini dan beliau mengulangi peruntukan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
13. Selepas menghuraikan kesemua peruntukan dan Fasal Perlembagaan Persekutuan ini, barulah beliau berpendapat bahawa hak-hak orang Melayu dan Bumiputera ini jangan dikhianati secara politik dan rampasan kuasa kerana orang Melayu akan sewajarnya mempertahankan hak-hak mereka seperti yang telah dijamin di dalam Perlembagaan.
14. Kami Gabungan NGO Malaysia ingin mempersoalkan apakah motif Malaysiakini menyiarkan secara terpilih kenyataan-kenyataan yang diolah seumpama dan memberikan gambaran seolah-olah YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah bersikap rasis? Adakah seseorang itu menjadi rasis hanya kerana beliau menyatakan tentang sesuatu yang telah termaktub dalam Perlembagaan? Ataupun pihak yang menunggu peluang untuk merampas kuasa bagi meminda Perlembagaan itu yang bersifat rasis?
15. Orang Melayu telah lama bersabar dan tidak secara agresif bersuara mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera sejak kemerdekaan negara sejak 56 tahun lalu. Kesan daripada itu, berlaku ketidakseimbangan dari segi pendidikan dan ekonomi di Malaysia apabila pemilikan ekuiti bumiputera masih pada kadar 21% dan hanya seorang Melayu tersenarai dalam kalangan 10 terkaya di Malaysia. Ketidakseimbangan dari segi kekayaan dan komposisi kaum ini akan mendatangkan kesan sosial yang serius pada masa yang akan datang.
16. Oleh itu, kami Gabungan NGO Malaysia mengulangi solidariti kami mempertahankan kesemua kandungan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan dan kami akan berterusan bersatu dan bergabung bagi mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
17. Orang Melayu memerlukan tokoh berpengalaman, berotoriti dan berprofil tinggi seperti YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah untuk terus membimbing dan mengingatkan orang-orang Melayu tentang Wasiat Raja-raja Melayu demi memastikan teras-teras utama dalam Perlembagaan tidak diganggu-gugat oleh sebilangan kecil politikus dalam negara yang kemaruk kuasa.
18. Orang Melayu juga selepas disedarkan dengan hak-hak Perlembagaannya harus bangkit mempertahankan hak mereka mengikut lunas-lunas perundangan negara.
19. Kami juga ingin mengingatkan media "penceroboh" seperti Malaysiakini agar jangan lagi membuat laporan terpilih dengan niat untuk menghasut dan menyemai kebencian hubungan antara kaum di Malaysia kerana jelas, kaedah pemberitaan bersifat hasutan oleh Malaysiakini ini tidak menyumbang kepada perpaduan nasional.
20. Sekian.Terima kasih. - Jais Abdul Karim Presiden GPMS.
Komen MMI , baguslah sekurang-kurangnya sudah ada pihak-pihak seperti gabungan NGO-NGO Malaysia ini sedar dan faham bahawa kita bukan sahaja berdepan dengan anasir pengacau di jalanraya tetapi juga dakyah dan putar belit di alam maya yang mampu meruntuhkan sebuah negara yang selama ini kita bina.
Harapan MMI semoga suara-suara ini terus bersuara dan pertahankan hak yang sudah pun termaktub dalam perlembagaan negara.
Percayalah ungka-ungka di luar sana kini sudah di doktrin supaya hanya berkiblatkan kepada pembangkang semata-mata dan ungka-ungka macai ini tidak akan teragak-agak untuk bertindak lebih dari apa yang telah mereka lakukan kini.
Ayuh PERTAHANKAN !!
Psst Jangan lebih-lebih dengan SINGA yang jinak , BAHAYA !!
MMI antara yang terkejut apabila secara tiba-tiba nama Jais Abdul Karim Presiden GPMS Kebangsaan diberitakan antara calon yang akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) mencabar kedudukan Presiden MBM sedia ada Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang juga dari GPMS.
Dari pembacaan dan pendedahan yang MMI baca melalui blog teman-teman kelihatannya seolah-olah wujud konflik politik belia dalam pemilihan kali ini.Jika sebelum ini hanya parti politik saja sering kali dilabelkan sebagai politik namun kini pergerakan belia juga turut tidak dapat lari daripada politik sesama mereka.
Malah dari pemerhatian MMI sebenarnya ianya jauh lebih dasyat dan teruk dari parti politik itu sendiri.Maaf sekiranya ada pihak yang kurang berpuas hati dengan apa yang MMI katakan namun percayalah ahli-ahli belia diluar sana faham apa yang MMI katakan.
Konflik ini sebenarnya semakin parah apabila terdapat blog yang secara terperinci mendedahkan berlakunya unsur politik yang cuba digunakan oleh sesetengah dari mereka bagi mendapatkan kuasa sehinggakan menarik nama YAB PM sendiri.
Bagaimana tiba-tiba nama YAB PM boleh dikaitkan dengan pemilihan Presiden MBM ?
Sekiranya benar laporan ini ianya amat tidak bertanggungjawab malah tindakan yang dilakukan oleh pimpinan belia di peringkat pusat ini sebenarnya merogol kepercayaan ahli di peringkat akar umbi.
Mengapa MMI berkata demikian ? Baca pendedahan di bawah ,
Seluruh saf kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terkejut apabila Presiden mereka dengan tiba-tiba berkempen ke seluruh negara mahu mencabar Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), sedia ada, Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee.
Mereka terkejut kerana GPMS sebelum ini telah membuat ketetapan hanya untuk mencalonkan salah seorang wakil pertubuhan tersebut sebagai Naib Presiden MBM bagi pemilihan kali ini?
Seorang aktivis GPMS bukan sahaja mempersoalkan tindakan Jais membelakangi keputusan Majlis GPMS malah mempersoalkan sumbangan Jais kepada GPMS selama beliau menjadi Presiden GPMS?
GPMS seperti hidup segan mati tidak mahu di bawah Jais Karim berbanding presiden-presiden sebelum ini. Namun ahli GPMS tidak seharusnya terlalu marahkan Jais kerana beliau telah ditipu oleh Three Stooges dari pejabat Perdana Menteri.
Three Stooges ini menipu Jais seperti mana mereka menipu YB Noorol Azali Sulaiman pada pemilihan lalu. Noorol dan, sekarang, Jais ditipu kononnya mereka diminta bertanding oleh Perdana Menteri.
Hakikatnya Perdana Menteri tidak pernah mengambil bahagian dalam pemilihan MBM kerana beliau percaya kepada kebebasan pertubuhan belia.
Oleh kerana dalam pemilihan lalu, pelawak-pelawak ini gagal mempengaruhi perwakilan mereka mencuba lagi kali ini. Kali ini mereka diketuai oleh "penipu terkemuka" bergelar Datuk Irmohizam Ibrahim J.P.
Selaku Naib Presiden MBM yang juga merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri yang bercakap maka tentulah ramai perwakilan akan percaya bahawa kumpulan ini direstui oleh Perdana Menteri.
Irmohizam merayu-rayu untuk menjadi pegawai khas Perdana Menteri kononnya sebagai wakil belia di dalam pejabat PM beliau boleh menjadi jambatan antara Majlis Belia Malaysia dengan Pejabat Perdana Menteri. Malangnya, pabila diberi jawatan beliau bukannya bekerja untuk Perdana Menteri tetapi beliau bekerja untuk diri sendiri.
Tidak cukup itu bagi memastikan diri beliau mempunyai landasan kukuh untuk bertanding kali ini, Irmohizam telah meminta Datuk Faizal Abdullah menyerahkan Majlis Belia Selangor kepadanya.
Alasannya, sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri beliau boleh menggerakkan MBS dengan lebih baik dan berkesan.
Faizal Abdullah yang cakap pandai dan "boleh meruntuhkan gunung" pun terpaksa menentang arus daripada pemimpin belia Selangor sedia ada seperti Badrulhisham dan Budiman Mohd Zuhdi.
Faizal mengepikan calon-calon pemimpin belia yang telah terbukti bekerja keras memaukan belia Selangor dan memberi laluan kepada Irmohizam kerana takut beliau akan mendapat nama buruk di pejabat Perdana Menteri.
Semua orang tahu perangai tiga ekor Three Stooges ini yang selalu memberi maklumat yang salah kepada Perdana Menteri jika mereka mahu menjatuhkan orang politik yang tidak mendengar pandangan mereka.
pssssssssssssssssssss: Tunggu pendedahan yang lebih panas menjelang perhimpunan MBM hujung minggu ini. Duit, duit, di mana engkau duit!sumber
Panas memang panas !! ampa juga boleh baca SINI dan SINI
MMI sendiri kurang pasti sejauh mana kebenaran pendedahan yang dibuat oleh blog tersebut namun sedikit ralat sekiranya ianya benar.
Ralat kerana nama YAB PM digunakan oleh pemimpin seperti Irmohizam bagi mendapatkan sesuatu dan harus diingat tindakan ini sebenarnya bukan saja mampu merosakkan struktur dan kepercayaan para belia sahaja tetapi ianya juga mampu merebahkan kerajaan.
Semuanya kerana beberapa ekor monyet yang mungkin lupa diri mereka itu adalah monyet tetapi mahu mengaku diri sebagai ungka.
Walaupun hati ini cuba untuk mengatakan tidak tetapi kelihatannya seolah-olah benar kerana yang bakal bersaing nanti adalah 2 kepimpinan dan ahli GPMS sendiri.
Apa pun hanya ada dua perkara sahaja yang mampu menyelesaikan konflik politik belia ini iaitu kenyataan rasmi daripada pihak-pihak yang terlibat dan keduanya keputusan pemilihan MBM nanti.
Kalau tak ada masalah takkanlah banyak pihak bersuara perkara yang sama.Bukan nak nafikan sebagai sebuah parti yang baru setahun jagung menjadi pemerintah (Pulau Pinang) selalunya akan wujud masalah di mana-mana.
Namun kerana sikap biadap kurang ajar dan sering menipu rakyat yang membuatkan rakyat tidak lagi dapat menahan sabar malah kini DAPigs semakin tak keruan kerana satu demi satu sikap mereka di londehkan oleh rakyat.
Kepimpinan DAPigs yang jelas memperlihatkan sikap keangkuhan dan kesombongan mereka apabila diberi kuasa oleh rakyat menyebabkan parti tersebut disifatkan sebagai parti yang mabuk kuasa yang sanggup berbuat apa saja dan sanggup berbohong demi untuk meraih undi rakyat di negara ini.
Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, sikap angkuh dan sombong kepimpinan parti tersebut dapat dilihat ketika mereka berjaya menguasai kerajaan negeri Perak sebelum berjaya diambil semula ke tangan Barisan Nasional.
“Kita lihat bagaimana sikap ahli parlimen dan Adun DAPigs yang bersikap begitu kurang ajar ketika di dalam dewan. Ini bukan cakap-cakap kosong tetapi sikap dan perangai mereka yang jelek itu terakam dan tersebar di dalam video melalui laman Youtube.
“Apakah kepimpinan seperti ini, yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati orang lain layak untuk diberikan kuasa memerintah di negeri atau di negara ini? Hanya beberapa bulan saja mereka memerintah, dewan rakyat sudah jadi huru hara akibat sikap mereka yang langsung tidak profesional dan tidak menghormati undang-undang.
“Saya yakin, sekiranya kepimpinan seperti ini diberikan kuasa, mereka akan bersikap kejam dan zalim terhadap rakyat termasuk dan menganggap golongan yang mengkritik itu sebagai musuh mereka,” tegas beliau.
Sebagai contoh menurut beliau lagi, lihat sajalah situasi yang berlaku di negeri Pulau Pinang yang kini di bawah pentadbiran regim DAP.
“Mana dia janji-janji kerajaan DAP yang konon-kononnya prihatin dan ingin membela rakyat miskin di negeri tersebut? Hari ini kita boleh lihat, regim DAP lebih rakus untuk membangunkan kawasan perumahan untuk golongan yang kaya raya dan secara langsung meminggirkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah di negeri itu.Baca Seterusnya
Satu perkara yang harus kita faham adalah siapa saja yang mengkritik DAPigs mahupun Pakatan Haprak pasti akan dituduh sebagai penyokong UMNO dan Barisan Nasional walaupun yang bersuara itu adalah mereka-mereka yang terdiri daripada NGO-NGO yang sudah muak dengan cara dan tindakan mereka-mereka yang cakap tak serupa bikin.
MMI nak bagitau kurang-kurang NGO yang bersuara tu adalah NGO yang sah didaftarkan sebagai NGO bukannya NGO HAPRAK macam SUARAM tu..BANGSAT !!!
Siapa agaknya wanita bertudung dan berbaju biru dalam gambar diatas ? Apa pula kaitannya dengan dunia politik ? Adakah beliau di antara mereka yang teraniaya dek kerakusan Rejim DAPigs di Pulau Pinang?
Beliau yang MMI maksudkan adalah Pengerusi Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta), Farizan Othman seorang pemimpin aktivis dan pejuang NGO di bumi Pulau Pinang.
Nampaknya kerajaan negeri Pulau Pinang kini bukan saja perlu berdepan dengan jentera UMNO dan Barisan Nasional tetapi turut perlu berdepan dengan barisan NGO-NGO yang kini semakin sedar akan keBIADAPan Rejim DAPigs khususnya dalam menangani permasalahan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.
Farizan Othman berkata, tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang terlalu tegas terhadap orang Melayu di negeri ini menimbulkan persoalan.
"Ini merupakan sikap pilih kasih yang sangat ketara kerana mereka merobohkan rumah seorang warga emas yang tinggal bersama anaknya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) tanpa sebarang notis.
"Undang-undang apakah yang mereka gunakan? Adakah terdapat peruntukan undang-undang yang istimewa untuk berbuat demikian?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan orang Melayu di negeri ini semakin dizalimi pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang berdasarkan semakin kerap berlaku penindasan terhadap kaum itu sejak kebelakangan ini.
Juak-juak Pakatan Haprak perlu sedar bahawa sebilangan besar orang Melayu sudah muak dengan janji dan tindakan ala MAFIA serta pembohongan yang sering dilakukan oleh Guan Eng dan konco-konconya.
Yang pasti segalanya akan diterjemahkan dalam sedikit masa lagi..Tunggu dan lihat !!