Followers

Wednesday 9 January 2013

NIzar Mahu Tunjuk HERO !!


Pada ketika seluruh rakyat menantikan kenyataan daripada Haji Hadi berkenaan amanatnya , para pimpinan PAS yang lainnya dilihat berlumba-lumba untuk mencari jalan penyelesaian ataupun kaedah bagi melakukan "spin" yang boleh menenggelamkan isu utama seterusnya menyelamatkan Haji Hadi.                                          

Rakyat perlu sedar dan bersedia kerana mereka-mereka ini sebenarnya berupaya untuk melakukan sedemikian , lihat saja apa yang berlaku dalam kes Memali dan lain-lain.

Soal pokoknya adalah amanat Hadi telah menyebabkan perpecahan sesama umat Islam dan porak peranda sesama masyarakat dan keluarga Islam.Namun Hadi dan juak-juaknya lebih suka mempertikaikan tentang  amanat yang diandaikan sebagai kenyataan , itupun setelah menyepi selama hampir 33 tahun.

Hadi dan juak-juak PAS perlu tahu bahawa sebarang kenyataan mahupun pesanan atau apa saja yang berbentuk sedemikian akan dianggap sebagai AMANAT oleh pengikut apabila ianya diungkapkan atau ditulis oleh pihak-pihak yang dianggap sebagai pemimpin.

Dalam isu amanat Hadi ianya lebih serius apabila diungkapkan oleh seorang pemimpin PAS yang diangkat sebagai ulama.Malah yang lebih memalukan adalah Hadi hanya bersuara tentang semua diatas apabila isu amanatnya menjadi topik paling panas dalam dunia politik hari ini.

Mengapa tidak dulu ? MMI rasa rakyat sendiri pun faham ini hanyalah sandiwara dan lawak jenaka yang cuba dibuat oleh Hadi bagi mengaburi mata juri yang berupaya mengeluarkan mereka daripada persaingan merebut kejuaraan menjadi kerajaan persekutuan.

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya Hadi terus saja menyatakan sama ada mahu menarik balik amanat tersebut ataupun tidak bukan dengan terlalu banyak menuding jari kepada orang lain.

Terkini Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) dilihat cuba untuk menjadi hero dalam usaha mereka menyelamatkan Hadi malah yang memeranjatkan MMI adalah bukan soal mencari kebenaran sejauh mana kenyataan mahupun amanat Hadi itu sudah memecahkan belahkan masyarakat tetapi tetap mahu menyalahkan orang lain.

Barangkali PAS juga mahu mengikuti rentak tarian "Gangnam DAPigs" dengan mencari kambing hitam untuk di korbankan !

Antara kata-kata Nizar adalah "Petualang yang menyebarkan Amanat Haji Hadi 32 tahun lalu perlu dicari kerana individu itu bertanggungjawab mencetuskan kontroversi"

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petualang dimaksudkan dipercayai bekas ahli Pas dan kini menganggotai Umno di Terengganu.

Beliau mendakwa, bekas ahli Pas itu dipercayai antara mereka yang hadir ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan di Kampung Banggol Peradong, Manir, Terengganu, 7 April 1981.

Katanya, ramai pihak salah tafsir ucapan dan kenyataan Abdul Hadi itu, sedangkan ia hanyalah perkara biasa yang dilakukan ketika menyampaikan ucapan.

“Individu berkenaan seharusnya meneliti sepenuhnya sebelum dan selepas ucapan yang dibuat sebelum membuat kesimpulan,” katanya.Baca Seterusnya 

Bagitulah sikap Nizar dan pemimpin PAS yang lain , langsung tidak mahu menyentuh tentang apa yang telah berlaku dengan amanat mahupun kenyataan daripada Hadi terhadap umat Islam di Malaysia sebaliknya mencari alasan mahu menyalahkan pihak lain.

Satu persoalan yang rakyat perlu fikirkan , amanat itu telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal didinding markas PAS sekitar tahun amanat itu mucul.

Malah amanat ini telah dicetak dalam empat versi , pertamanya oleh Bahagian Penerangan PAS Kelantan dalam versi jawi untuk sebaran pilihan raya Selising Kelantan pada tahun 1983.

Keduanya dalam tulisan rumi dan dicetak oleh PAS Pusat manakala dua lagi di cetak oleh Seketariat Pemuda Pas Pusat dalam tulisan jawi dan rumi.(berdasarkan komentar di blog MMI Klik Sini)

Jika melihat kepada apa yang berlaku amat mustahil sekali Hadi langsung tidak sedar dengan apa yang berlaku dan ianya membuktikan PAS cuba mencari alasan dan menyelamatkan seorang lagi pemimpin yang jauh tersesat.

Hadi ternyata menipu sedangkan hakikatnya beliau tahu apa yang telah berlaku..MUNAFIK !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels