Followers

Saturday, 19 January 2013

Pimpinan & Ahli UMNO Perlu Ambil Iktibar Dari Berita Ini !!!


Sebagai rakyat yang cintakan negaranya sudah tentulah MMI meletakkan harapan yang tinggi terhadap saf kepimpinan negara.Malah parti UMNO sudah semestinya merupakan antara parti yang diyakini dapat membela nasib rakyatnya.

Dalam perjuangan mempertahankan maruah Bangsa,Agama dan Negara ini sudah semestinya asas kepada perjuangan itu mestilah berpaksikan kepada dari mana asal kita.

Maka kerana itu berita di bawah seharusnya dijadikan sebagai pedoman buat semua pimpinan dan ahli UMNO dalam kita menongkah arus dunia politik yang semakin mencabar ini.
New Delhi: Demi mencegah tindakaan perkosaan yang tengah marak di India, sebuah desa menerapkan larangan mengenakan t-shirt dan selua jeans bagi wanita. Larangan ini ditentang oleh remaja perempuan, sementara orang tua seratus peratus menyokong.
Diberitakan Daily Mail, larangan tersebut dikuatkuasakan di desa Khedar, wilayah Hisar di sebelah barat laut India minggu ini. Selain dilarang memakai jeans dan t-shirt, pemuda juga dilarang berpesta yang menampilkan DJ dan minuman beralkohol. Jika dilanggar, akan didenda hingga 11,000 rupee atau kira-kira RM700. 
Pemimpin desa itu mengatakan, larangan ini diterapkan demi mencegah aksi kekerasan dan perkosaan terhadap wanita.”Kami memutuskan melarang alkohol yang menjadi pemicu perkosaan. Kami juga melarang jeans dan t-shirt bagi wanita kerana pakaian itu tidak wajar,” kata kepala desa Khedar, Sarpanch Shamser Singh, kepada Times of India.
Peraturan baru ini mendapatkan penentangan dari pemuda dan pemudi desa, walaupun ramai mengaku senang ada larangan tersebut. “Keputusan ini sangat bagus dan mencegah pelecehan terhadap wanita. Pakaian yang buruk adalah penyebab utama perkosaan,” kata seorang sepuh, Shanti Devi. Isu perkosaan tengah menimbulkan ketegangan di India.
Gambar Hiasan
Kalau di India boleh lakukan perkara semacam berita diatas takkanlah kita yang mengaku Islam ini tidak mampu melakukan perkara yang hampir sama lagipun ianya dituntut oleh agama.

Bukan MMI mahu kita menguatkuasakan undang-undang seperti mana di India tu cumanya jomlah kita semua sama-sama bermula dengan pastikan setiap ahli UMNO itu berimej Islam.

Kepada pemimpin dan semua ahli perkara paling utama yang harus kita lakukan adalah memastikan setiap isteri,wanita dan puteri UMNO bertudung.supaya ianya selari dengan perjuangan parti.

Lagipun tidak ada salahnya kerana bertudung adalah tuntutan agama Islam itu sendiri.

Kepada mana-mana pihak yang mahu menjadikan entri ini sebagai bahan politik terpulanglah namun MMI lakukan ini demi kepentingan semua umat Islam di Malaysia khususnya ahli UMNO.


Menegur dan mengharapkan perkara yang baik selalunya di redhai oleh Allah SWT.Kepada semua kini sudah sampai masanya kita sama-sama usahakan untuk kebaikan bersama.Sebarkan...

MMI.

8 comments:

  1. Saya amat bersetuju dengan saranan ini..kalau kita tidak mulakan siapa lagi? kalau tahun 80an dulu pihak polis boleh manahan sesiapa yang berambut panjang..kenapa kini tidak kepada wanita yang memakai jeans nampak pusat dan apabila duduk nampak seluar dalam..sementara yang lelaki juga pihak kerajaan perlu mengambil tindakan udang2 kepada orang islam yang mewarnakan rambut dan tindik telinga. Dimanakah peranan agamawan didalam kerajaan takkan sekadar berceramah dan berforum sana-sini dah kira settle kerja agama..cukup bulan pergi bank cucuk. -k.k

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka asyik meraih undi agaknya. takut pulak kalau ditegur nanti hilang undi.

      Delete
  2. setuju 100%.

    Mulakan dakwah-Ahli-2 wanita dan puteri hendaklah menunjukkan teladan yang baik dengan memakai tudung. Takkan hilang kecantikan dan seri wajah hanya disebabkan memakai tudung dan pakaian bersopan. Bahkan bertambah manis macam Siti Nurhaliza.

    Kalau di India boleh buat, apatah lagi di Malaysia dimana itu adalah tuntutan agama!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa, kalau nak dimulakan, lebih baik pemimpinya dulu. kepimpinan melalu tauladan katakan. isteri Najib tuh yang wajib didahulukan, kemudian Rais dan pas tuh menteri mernteri lain pulak. barulah rakyat segan sikit dan bolehlah mereka terima kalau kalau ada nasihat dan terguran dari pemimpin.

      Delete
  3. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

    Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.

    Riwayat: Riwayat Muslim

    Sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith/sikap-yang-baik

    Alhamdulilllah! Anda adalah satu satunya blog yang saya kira teramat istimewa kerana memberikan kesedaran bukan saja kepada UMNO bahkan kepada SEMUA umat Islam. Sepatutnya ia bermula dengan pemimpin untuk memberikan contoh yang baik kepada penyokongnya. Tidaklah lagi janggal kalau pemimpin mendakwa mereka pejuang Islam setelah menerima pakai teguran ikhlas yang anda berikan. Barulah kerajaan berasa bangga dengan membina banyak masjid dan sekolah agama. Barulah betul kalau kerajaan berasa bangga memberikan elaun kepada tok imam dan bilal. Barulah kerajaan boleh berbangga dengan pemberian bantuan kepada sekolah pondok di Kelantan. Barulah member makna kerajaan menegur parti PAS yang dianggap songsang. Barulah dan barulah imej ISLAM itu tersendirinya terjaga dan terbela. Terima kasih bro dan berjutaan terima kasih kerana langkah yang berguna yang anda telah lakukan. Insya Allah, setiap yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan jua.

    انتارا_كيت

    ReplyDelete
  4. orang pas pun sapu juga walaupun berjubah sepenuhnya, korek jangan tak korek

    ReplyDelete
    Replies
    1. bang naik bas mana tuh? orang PAS nak sapu aper?

      Delete
  5. MMI

    MENGGAPAI MODAL INSAN Untuk Menegur Kita Mesti Sedia DiTegur,Untuk Mengajar kita Mesti Sedia Di Ajar,Untuk Merubah Kita Mesti Sedia Berubah..Hanya Kita Bukan Orang Lain Insyaallah Anak Bangsa Akan Terus Terbela..

    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

    Baru betul, blog yang tersendirinya merakamkan slogan yang dimeteraikan. Artikel yang aku kira terbaik dari segala yang terbaik. Aku rasa belum lagi aku terbaca blog blog lain yang begitu ikhlas memberikan teguran membina. Aku akui inilah satu satunya blog yang benar benar memperjuangkan Islam. Syabbas!! Sekalai kaki melangkah jangan berpatah balik walau pun kecaman dan cacian yang kelak menantikan.

    ReplyDelete

Labels