SERANGAN bertali arus terhadap Sharifah Zohra Jabeen, Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) sudah semakin melampau dengan pihak pakatan telah menghantar beberapa orang samseng mereka untuk menceroboh pejabat mereka semalam.
Berita yang dilaporkan di SINI mendakwa beberapa orang yang memperkenalkan diri mereka kononnya wartawan telah menceroboh malah mengasari pengawal yang menghalang mereka untuk terus masuk ke dalam pejabat Pengerusi SW1M ini.
Laporan polis telah pun dibuat malam tadi atas insiden ini dan pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan si pelaku yang kurang ajar.
Siapa pun yang memecah masuk pejabat SW1M sudah semestinya mahu belajar bahasa inggeris daripada Sharifah sebab sebelum ni hanya dua perkataan sahaja yang mereka faham "LISTEN" dan "SPEAK" kini mungkin nak tambah sikit lagi "BREAK" !!
MMI.
No comments:
Post a Comment