Followers

Monday, 28 January 2013

SAMAN Zahid Hamidi - RAFIZI Akhirnya MOHON MAAF ??!


Ala-ala ciannye die..Kenape ni dik ? sape buat adik sampai jadi macam ni ? Cor cite ??? Cor cite ??? 

Rafizi Ramli 

After a lengthy discussion with my lawyer and our beloved party President Datin Seri Wan Azizah, I hereby would like to share my deepest remorse for accusing Dato' Seri Zahid Hamidi of abusing his power by using the funds amounting to RM130 million belonging to the military personel to buy the 200 acres land and to purchase 80% of Astacanggih shares in order to ensure that Deepak remains silent as alleged in the article in my blog dated 29/12/12 titled 'Dakwaan Deepak Ada Asas, Wang rakyat Disalahguna Untuk Menutup Mulut Deepak'. 

With much regret for my actions, I would again like to apologise and retract the slander and false statement made in the said article. I would also like to apologise to all the military personel and my fellow comrades for the mistake. I will hold a press conference with regards to this matter tomorrow at PKR Headquarter at 2:30 pm - RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 27/01/2013.sumber 

Kira oklah tu buat permohonan maaf lepas tu akan adakan sidang akhbar jam 2.30 petang jap gi..Pengarah strategi mohon maaf kerana silap strategi !

Persoalan sekarang sejauh mana kebenaran kenyataan diatas ? 

Melalui pencarian yang MMI lakukan ianya telah pun dinafikan oleh Rafizi sendiri baca kenyataan dibawah ,

Kenyataan media oleh Rafizi..

Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato’ Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato’ Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.

RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

Oklah tak payah bising-bising kalau tak benar sekalipun kita tunggu jalah mahkamah jalankan kes nanti..Rafizi percaya pula dekat mahkamah noo...

Psst bila cerita ja tuduh kita godam depa..yang depa godam kita macam mana pula ???

MMI.

1 comment:

  1. Rafizi adalah ahli politik yang paling membosankan..

    ReplyDelete

Labels