Sapa la yang buat kerja sampai Ahli Parlimen Baling Datuk Taib Azamudden kena buat pengakuan yang beliau masih hidup lepas tu siap keluar gambar tunjuk bagus lagi..Alahai kot ya pun janganlah kita politikkan soal hidup mati ni kerana ianya urusan Allah SWT , sebagai umat Islam kita perlu teruskan hidup dan beramal kepadanya serta menerima kada dan kadar itulah yang sebaiknya.
Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, berkata, beliau kesal dengan khabar angin yang menyebutnya sudah meninggal dunia sambil menyifatkannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
“Saya pasti ini semua sebab pilihan raya makin dekat. Mereka tidak senang dengan saya sebab saya mempunyai pengikut yang ramai. Bagi saya perbuatan ini adalah primitif dan tidak bertamadun.
“Saya tidak tuduh sesiapa tetapi spekulasi yang dibuat agak keterlaluan. Saya belum meninggal dunia, malah doktor cakap lagi empat hari saya dah boleh keluar (hospital),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Baca Selanjutnya
Kepada yang ada niat atau sudah pun melakukan tindakan sedemikian hentikanlah sebab jita perlu ada sikap menghormati bukan saja kepada si penama tetapi juga menghormati ahli keluarganya.
Tapi kadang-kadang MMI terfikir juga mungkin inilah kesannya bila puak-puak Taib Azamudden yang pernah melakukan perkara yang sama , rasanya lagi teruk siap kafirkan orang UMNO lagi.
Pastu ada doa siap dengan "package" menjerit lagi huh kalau ikut semua tu lagi hebat..Tapi betullah kata orang tua-tua bila kita kata dekat orang memang sedap tapi bila orang kata kita balik perghh menyirap darah oo...
MMI.
No comments:
Post a Comment