MMI baru saja memuat naik entri menceritakan usaha bersungguh-sungguh YAB PM dan kerajaan untuk membasmi gejala rasuah Baca Sini nah tiba-tiba muncul pula gambar diatas.Semacam gempa bumi habis cai-cai Pakatan Haprak spin isu ni mengatakan anggota Polis amalkan rasuah.
MMI bukan nak menegakkan benang yang basah apatah lagi menuduh membuta tuli tentang perkara yang diperkatakan cumanya sejauh mana tuduhan yang mengatakan anggota Polis dalam gambar diatas tu sedang menerima rasuah ?
Apakah ampa semua nampak dengan jelas anggota Polis tersebut sedang menerima rasuah ?
Bagaimana kalau MMI katakan anggota Polis tersebut sedang meminta dokumen pengenalan diri mahupun lesen memandu kepada orang awam tersebut ?
Adakah ampa semua akan kata MMI menipu ?
Macam yang MMI katakan tadi sekiranya anggota Polis tersebut menerima rasuah maka tindakan harus diambil dan sesiapa yang mempunyai bukti sila tampil kedepan supaya memudahkan tindakan diambil.
Tetapi sekiranya tidak maka satu lagi tuduhan telah di lemparkan terhadap anggota Polis dan ianya sudah semestinya mempunyai niat jahat khususnya dalam merosakkan reputasi pasukan Polis.
Seperkara lagi yang harus kita sedia maklum , sekiranya berlaku amalan rasuah disitu apakah kerajaan dan BN yang harus dipersalahkan ? Bagaimana sekiranya anggota Polis itu merupakan penyokong dan pengundi Pakatan Haprak ? Jangan lupa tentang berapa banyak kakitangan kerajaan yang tidak menyokong kerajaan !!
Terdapat 3 perkara yang harus ampa semua faham disini ,
Pertama sejauh mana ampa yakin amalan rasuah berlaku berdasarkan gambar diatas ?
Keduanya sehingga entri ini ditulis masih tiada BUKTI jelas khususnya gambar yang sama mungkin dari sudut lain atau orang awam dalam gambar tersebut melaporkan berlakunya amalam rasuah.
Ketiga PERSEPSI bukanlah satu BUKTI malah ianya mampu mewujudkan salah tanggapan banyak pihak khususnya terhadap anggota Polis.
Maka apa yang MMI cuba jelaskan disini jangan membuat tuduhan melulu sekiranya tiada BUKTI jelas kerana ianya merupakan satu kesalahan.
Apa pun Amalan RASUAH perlu ditolak..Itu JELAS !!! Baca juga di SINI
MMI.
No comments:
Post a Comment