PELIK juga seorang "conman" yang selalu berlegar-legar di kawasan kampung Air Kota Kinabalu, tiba-tiba mengubah penampilan. Dia tidak lagi berpakaian biasa, akan tetapi berpakaian berjenama dan sudah menggunakan jam rolex.
Jika sebelumnya, hanya minum kopi di kedai berdepan dengan mahkamah Kota Kinabalu, kini sudah lepak di Hyatt dan sudah mempunyai kereta mewah siap dengan pemandunya sekali.
Suatu masa lalu, conman inilah yang berlegar-legar menawarkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan pemimpin kerajaan terutama Perdana Menteri yang juga menteri kewangan, agar melepaskan kiriman RM3 bilion kepada Anwar yang kononnya daripada Pewaris Sultan Sulu- Sultan Jamalul Kiram. Sultan Jamalul Kiram dikatakan mempunyai simpanan US137 bilion di sebuah bank di New York Amerika.
Menurut sumber, Anwar dikatakan berjumpa secara rahsia dengan wakil kumpulan itu seminggu sebelum kejadian pencerobohan di Kg Tanduo Lahad Datu melalui perantaran conman ini. Sejauh mana kebenaran desas desus ini? tiada yang boleh mengsahkannya, namun jika dilihat daripada penampilan conman itu, sudah tentu dia menerima habuan wang yang banyak, jika tidak mana mungkin penampilan dan keadaannya tiba-tiba berubah, bagaikan seorang jutawan.
Kononnya untuk menyelesaikan pencerobohan ini, salah satunya agar wang RM3 bilion untuk Anwar itu dibenarkan untuk dicairkan.
Anwar merelukan kewangan itu untuk tujuan berhadapan dengan PRU-13.
Hubungan Anwar dengan pemberontak Islam di Selatan Filipina bermula sejak beliau bersama ABIM lagi, dan kemudian diteruskan selama beliau dalam kerajaan termasuk semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Sebelum ini pihak polis ada memberi kenyataan bahawa salah satu syarat bagi penceroboh itu meninggalkan kawasan yang diduduki dan ingin berjumpa personaliti berprofile tinggi di negara ini. Juga berkaitan dengan isu sama, Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi ada membuat kenyataan, bahawa pencerobohan di Lahad Datu itu didalangi oleh pihak tertentu dalam negara.
Apa kah pihak kerajaan mempunyai maklumat bahawa dalang itu adalah Anwar? Jika ia, sungguh malang, kerana demi tujuan mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri, maka sanggup menggadai keselamatan negara.
Demi gimik kepada pencerobohan itu, maka penceroboh itu meminta agar kumpulan mereka diiktiraf sebagai Tentera Sulu yang sah dan setiap warga sulu yang di negeri Sabah supaya jangan dihantar semula ke negara asal (ada kaitan dengan RCI pendatang Sabah yang sedang berjalan).
Pada 9 Februari lalu, satu ekpedisi yang bertujuan Pulang kampung yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram yang berlepas daripada Tawi-Tawi bersama lebih 100 orang dan lima wanita berjaya mendarat di Kg Tanduo pada malam 12 februari.
Hingga kini, walaupun telah masuk minggu ke dua kehadiran penceroboh itu di Tanah Sabah, namun belum ada tanda-tanda ianya berakhir, walaupun menurut pihak polis, rundingan sudah ditamatkan pada Khamis lalu.
Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selaku ketua keselamatan negeri Sabah, meminta orang ramai jangan membuat spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Pasukan Keselamatan Negara sudah siap siaga, menunggu arahan, walaupun ada pihak berkehendakan rundingan diteruskan untuk mengelak pertumpahan darah.
"Ya Allah , Engkau elakkanlah pertumpahan darah sesama Islam dan engkau bukakanlah hati-hati mereka supaya dapat diselesaikan dengan cara rundingan yang paling baik" AMIN.
sumber AYT
MMI.
Tulislah pasal najib nak gantung pilihan raya sabah...Plzzzzzzzz
ReplyDelete