Rasanya dalam 2 3 ari ni mesti ada juak-juak pencacai Pakatan Haprak yang menangis tak berlagu.Merintih tentang untung nasib sendiri sebab dah buat onar dan celaka pada parti sendiri.Bila niat tak elok tambah pula dengan sikap suka cari salah orang maka segala yang di rabankan sebelum ini akhirnya buka aib sendiri.
MMI juga yakin berita semacam ini sudah pasti tidak akan keluar di media-media pro pembangkang malah kalau ada pun ianya sekadar memenuhkan ruang.Anjing-anjing cai Pakatan Haprak yang baru-baru ni bukan main lagi menyalak akhirnya terkedu sebab dah termakan najis sendiri.
Kenyataan berbentuk penafian oleh syarikat pengurusan Psy membuktikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan dan Barisan Nasional sebelum ini adalah satu FITNAH jahat yang sengaja dilakukan bagi tujuan sabotaj politik.
Nah ampa baca ni ,,,
Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar."Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College. - Bernama
Bila kalut tak ketahuan jadi lagu ni lah !! Hari ini juak cai pembangkang makin senak dan tergapai-gapai kerana jelas sekali mereka sebenarnya sudah tiada isu lagi dan ada ketikanya menjadikan FITNAH sebagai mukadimah melariskan jualan berita mereka.
Sedar atau tidak juak cai pembangkang ini sedang membuka aib sendiri dan rakyat kini melihat dan sedang menilai maka sudah pasti MMI perlu berterima kasih kepada mereka kerana memudahkan kerja buat MMI menyedarkan rakyat betapa Pakatan Haprak perlu di tolak dalam PRU13 nanti.
Tapi ada lagi best selain dari diatas , parti yang kononnya perjuangkan Islam ni turut sama bersekongkol dengan puak yang sering saja melakukan fitnah.
Apa ampa mau ka parti dan pemimpin yang semacam tu memimpin negara ?
MMI.
No comments:
Post a Comment