Nampaknya isu melibatkan BTN (Biro Tata Negara) akan terus berpanjangan malah yang paling penting kesannya kepada kerajaan.Seperti yang semua sedia maklum sebahagian besar rakyat Malaysia hari ini masih dengan cara dan pendekatan lama iaitu membawa berita dari mulut ke mulut walaupun apa yang disampaikan itu belum tentu benar atau salah.
Inilah yang membimbangkan walaupun MMI langsung tak ada kena mengena dengan BTN.Dalam keadaan kerajaan akan menghadapi pilihan raya umum yang bakal dilangsungkan pada bila-bila masa sahaja isu ini mampu merencatkan perancangan dan gerak kerja seterusnya.
Persoalan yang bermain difikiran MMI sejak 3 4 hari yang lalu adalah berkisar tentang sejauh mana kebenaran berita tersebut ? Untuk itu jom kita terjah ulasan serta penerangan panjang lebar berkaitan isu BTN ini oleh blogger yang sayangkan negaranya seperti mana kita semua.
Isu ini bermula apabila ada pihak tertentu termasuk mereka yang mengeluarkan kenyataan di laman blog , seterusnya mengundang pelbagai persepsi masyarakat yang sudah pasti membacanya.
Merujuk kepada blog sanggah tok janggut kenyataannya adalah seperti berikut ,
TINGGAL tidak berapa lama lagi dan mungkin untuk beberapa hari sahaja akan berlangsungnya PRU13 dan semua pimpinan termasuklah PM Najib sendiri mengandaikan PRU13 adalah PRU yang paling getir serta kritikal untuk UMNO dan Barisan Nasional lantas digerakkan usaha serta diperkasakan segala gerak kerja parti serta kerajaan bagi menarik sokongan untuk meraih undi dari rakyat namun situasi amat sekali berbeza kepada agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bernama Biro Tata Negara (BTN).
Sebelum itu TAHNIAH kepada Raja Arif,Ketua Pengarah BTN yang kerana tidak sampai sehari selepas artikel ini yang mendedahkan akan berlaku perubahan berasaskan Grand Design ABIM,hari ini telah dilaksanakan pertukaran dan perpindahan pegawai-pegawai Biro Tata Negara ke merata tempat dan negeri tanpa mengambil kira kesan-kesan terhadap keluarga yang mereka terpaksa tinggalkan serta factor-faktor lain demi untuk menjayakan rancangan membawa masuk kumpulan-kumpulan ABIM,akhirnya ramai kakitangan dan pegawai BTN menjadi mangsa kerakusan menunjuk kuasa oleh Raja Arif.Baca Seterusnya
Perlu diingat MMI bukan mengata atau mengutuk mana-mana blogger cuma sekadar berkongsi pandangan dalam mencari kebenaran.
Membaca kenyataan diatas saja sudah cukup mengesahkan bahawa Ketua Pengarah BTN Raja Arif dilihat melakukan tindakan yang mampu menyebabkan kerajaan dipersalahkan seterusnya mampu mengundang kepada kemerosotan sokongan rakyat.
Namun lain pula bunyinya jika kita membaca kenyataan dibawah ,
Pertama sekali memandangkan isu BTN ini semakin diperbesarkan selepas beberapa kali serangan dilakukan dengan menggunakan portal yang sudah lama wujud di alam maya seperti MYKMU maka sedikit penjelasan ingin diberikan terhadap tulisan blogger tersebut yang disiarkan di sana.
Khususnya berkenaan beberapa isu yang sedang berlaku di Biro Tatanegara. Tanpa niat mahu menimbulkan konflik sesama blogger kecuali untuk menghentikan serangan liar pihak tersebut kepada Agensi di Jabatan Perdana Menteri ini.
Sebagai orang yang mempunyai banyak maklumat dari sumber yang dekat dengan Biro Tatanegara selain pernah bersua sendiri dengan tiga kepimpinan utama BTN mendengar penjelasan yang diberikan, maka fakta yang tidak tepat dan lebih kepada agenda memburukkan maruah orang yang ditohmah di dalam penulisan blogger tersebut, adalah tindakan tidak sempurna pada akal dan juga sifat seorang Melayu yang beradab dan bersopan tutur katanya. Baca Selanjutnya
Persoalan MMI mudah , mana satu yang betul ni ?? Apa pun diharapkan isu melibatkan BTN ini mampu diselesaikan dengan kadar segera.Yang penting kini adalah PRU13 !!
MMI.
No comments:
Post a Comment