Followers

Friday 1 February 2013

Pengguguran NASHA , Seharusnya HADI & Mat Sabu Juga Di GUGURKAN !!!


Jika MMI sebut PAS merupakan parti ZALIM nanti ada yang marah-marah , jika sebut PAS tak adil nanti ada pihak yang resah , jika sebut PAS tak profesional takut pula ada yang "emotional" malah jika sebut PAS sekarang dah tak aman bimbang pula MMI di saman.

Tapi itulah hakikatnya dan apa yang MMI sebutkan diatas tu adalah benar dan kini berlaku kepada parti PAS.Pengguguran Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura PAS jelas merupakan satu tindakan berani mati yang dilakukan oleh PAS disaat ambang pilihan raya semakin dekat.

Malah alasan yang diberikan oleh mereka jelas merupakan alasan menghalalkan cara dan ini diperakukan sendiri oleh Hadi Awang dalam kenyataannya kepada media.Baca Sini 

Namun bukan itu yang MMI mahu kongsikan tetapi berkenaan isu pengguguran Nasha yang dilihat cukup tidak adil khususnya kepada Ustaz Nasha sendiri.

Bagaimana PAS boleh melaungkan merekalah yang terbaik dari segi Islam sedangkan apa yang berlaku hari ini jauh bertentangan dengan nilai-nilai Islam itu sendiri.

PAS ternyata merupakan PENCACAI kepada DAPigs kerana apa saja yang diperkatakan sudah pasti akan dituruti walaupun yang menjadi mangsanya adalah pemimpin mereka sendiri.

Berbalik kepada isu pengguguran Nasha , sekiranya alasan beliau terlalu mesra dan dekat dengan YAB PM beserta dilihat lebih kepada parti UMNO maka pasti PAS sebenarnya sedang melakukan satu kesilapan besar dalam sejarah penubuhannya.

Jika itulah alasannya Nasha di gugurkan serta di rujuk kepada pimpinan tertinggi khususnya Majlis Syura PAS maka PAS juga seharusnya menggugurkan Hadi Awang dan Mat Sabu.

Mengapa mereka ini perlu digugurkan dari parti PAS ? kerana kedua-duanya merupakan manusia yang bertanggungjawab terhadap kebenaran kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Majlis Syura PAS sudah pun membuat keputusan tentang kalimah Allah dan bersetuju supaya kalimah Allah ini hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.

Maka setelah keputusan ini dibuat , mengapa tiada langsung tindakan oleh mereka supaya Hadi dan Mat Sabu menarik balik keputusan bersama Kit Siang serta Anwar yang membenarkan bukan Islam turut menggunakan kalimah Allah.

Apakah tindakan Hadi itu betul dan selari dengan keputusan Majlis Syura baru-baru ini ?

Secara peribadi MMI katakan Hadi makin besar kepala dan langsung membelakangkan sesiapa saja yang memberikan pandangan serta pendapat yang dilihat pro kepada UMNO dan BN.

Paling menyedihkan PAS dilihat lebih terarah kepada isu pengguguran Nasha tetapi dalam masa yang sama langsung tidak menghiraukan tentang keputusan berkenaan kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura.

Nampak sangat PAS cukup takut dan gentar dengan pimpinan Rejim DAPigs di Pulau Pinang dan kerana takut itulah keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam tetap diteruskan oleh Pakatan Haprak tanpa teguran dari mana-mana pemimpin PAS.

Percaya atau tidak PAS dan Majlis Syuranya lebih memberikan tumpuan kepada mana-mana ahli parti yang dilihat akrab dan menjalin hubungan persaudaraan bersama UMNO sebagai sesuatu yang HARUS disanggah tetapi SANGGUP pula menjadi PENCACAI kepada DAPigs dan PKR dalam isu kalimah Allah yang sehingga kini didiamkan.

Dimana perjuangan Islamnya ? Apakah wujud Keadilan ? Mengapa diSAMA RATAKAN perjuangan parti dengan PKR dan DAPigs ?

Setiap yang berlaku itu sudah tentu mempunyai hikmahnya dan begitu jugalah dengan apa yang berlaku terhadap Ustaz Nasharudin apabila digugurkan keanggotaannya dalam Majlis Syura PAS kerana beliau kini bersama-sama Hasan Ali dan pemimpin-pemimpin Islam lainnya meneruskan perjuangan bagi mempertahankan Islam dari dicarik-carik oleh Pakatan Haprak sahabat sesyurga parti PAS.Baca Sini  

Fikirkan !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels