Followers

Saturday, 2 February 2013

Duit Lebuhraya Rakyat Kena SONGLAP ??!

Gambar Hiasan
Panas ni , khabarnya ada cerita baru di Kelantan tentang kes songlap ni.Apa yang di songlapnya ? Siapa pula yang menyonglapnya hehe ayat baru tu..Semuanya berkisar kepada sebuah syarikat meneroka emas di Kelantan.Jom terjah apa citanya...

Syarikat CNM Mining Group yang meneroka emas seluas 1, 065.2 hektar di Sokor, Tanah Merah dilaporkan semalam telah membayar royalti kepada kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM 347,115.00.

Tiada apa yang tidak kena dengan tindakan tersebut, kerana memang syarikat tersebut perlu membayar royalti kepada kerajaan negeri di atas penerokaan yang dibuat oleh syarikat tersebut.

Cuma hairan, syarikat CNM Mining Group tidak pernah sekali pun mencatat keuntungan, sebaliknya tiap-tiap tahun mengalami kerugian. Tetapi di sebalik kerugian yang dialami, CNM Mining Group tetap 'senyum' membayar royalti kepada kerajaan negeri.

Tak perlu pelik kerana dilaporkan salah seorang Pengarah CMNM ialah Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw dan dua rakyat Singapura.


Persoalannya ke manakah wang-wang ini digunakan, kerana kesan pembangunan di Kelantan tidaklah pesat sebagaimana negeri-negeri lain, malah parlimen-parlimen yang dimenangi oleh BN dilihat semakin hari semakin membangun.

Jadi ke manakah semua sumbangan dan royalti yang dibayar kepada kerajaan negeri? Ada songlap ka ?? Baca Selanjutnya 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels