Followers

Tuesday, 5 February 2013

Jentera BN SIAP SEDIA - TPM Di Pulau Pinang Hari Ini


GEORGE TOWN 5 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang melakukan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang hari ini, mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di sini.

Pertemuan lebih dua jam itu dipercayai membincangkan persiapan dan persediaan BN negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Antara pemimpin komponen BN negeri yang hadir pada pertemuan tertutup itu ialah Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Zainal Abidin Osman; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan dan Pengerusi Gerakan Datuk Teng Hock Nan.

Ini disusuli pertemuan dengan wakil 345 Pusat Daerah Mengundi seluruh Pulau Pinang.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengambil masa lebih sejam bagi menyampaikan amanat kepada 1,500 wakil PDM yang hadir.

Beliau akan menyertai majlis jamuan tengah hari bersama BN negeri sebelum bertolak ke Universiti Sains Malaysia untuk majlis perjumpaan dengan kumpulan profesional dan iktisas Pulau Pinang. - BERNAMA

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels