Followers

Thursday 28 February 2013

Makin PANAZZ Giliran HARUN Pula Balun Guan Eng


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuktikan kepada rakyat khususnya umat Islam bahawa parti itu benar-benar turut memperjuang dan menegakkan agama Islam.

Tegasnya, bukti itu penting bagi meyakinkan umat Islam mengenai dakwaan Guan Eng, kononnya DAP turut berperanan dalam segala hal berkaitan Islam termasuk hukum syarak terutama di negeri yang diterajuinya, Pulau Pinang.

Menurutnya, umat Islam akan mempercayai apa yang dinyatakan oleh pemimpin DAP itu sekiranya dia mempunyai bukti kukuh.

Jika sebaliknya, ujar beliau, Guan Eng tidak wajar mengeluarkan kenyataan bahawa DAP adalah sebuah parti yang memperjuang dan menegakkan Islam di negara ini kerana boleh menimbulkan kekeliruan.

"Kita harap dia dapat tunjukkan bukti, kita akan percaya jika dia ada bukti khususnya di negeri yang dia perintah (Pulau Pinang).

"Dia kenalah tunjukkan sikapnya terhadap Islam termasuk berkaitan peruntukan kepada kegiatan agama Islam khususnya di Pulau Pinang," katanya.

Beliau mengulas reaksi bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang menyifatkan kenyataan Guan Eng bahawa DAP sebuah parti yang memperjuang dan menegakkan Islam sebagai memperbodohkan orang Melayu.Baca Sini 

Ditanya sama ada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP telah memperjuangkan Islam di negeri itu, Harun bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada pihak media untuk membuat penyiasatan sendiri.

"Kita serah kepada anda dan pihak medialah buat siasatan, pergi siasat di negeri berkenaan (Pulau Pinang) dan selepas itu, laporkan dalam akhbar," ujarnya.

Harun sekali lagi mengulangi ketegasannya untuk tidak bertolak ansur dengan sesiapa sahaja termasuk DAP dalam isu kalimah Allah sambil mengulangi bahawa kalimah Allah sambil mengulangi bahawa kalimah itu adalah hak ekslusif umat Islam, bukan agama lain.antarapos 

Sekali baca memang terbaiklah PAS tapi bila difikirkan balik HAMPEH ja puak-puak ni , nak tau sebab apa ?? Dalam isu kalimah Allah apa yang dah dilakukan oleh puak-puak PAS ni , kalau setakat buat keputusan kemudian diam tu namanya BACUL !!

Hadi Awang selaku Presiden masih dengan keputusannya bersama Pakatan Haprak dan apa yang dah dibuat oleh puak-puak PAS ni terhadap Hadi Awang ? Ada ke mana-mana pihak dengar ada desakan supaya Hadi Awang akur dengan keputusan Majlis Syura PAS ?

Cakap banyak pun tak gunalah bab Karpal berdehem pun tak berani angkat muka SEMBANG !!!!!!

MMI.

1 comment:

  1. sembang pompang pompang...

    abg long pal kentut ja mencecet lari puak pas sembunyi...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete

Labels