Jika sebelum ini MMI ada mendedahkan tentang kegiatan persundalan yang berlaku di kawasan TKM2 Pulau Pinang dalam entri bertajuk Hot Kawasan Timbalan Ketua Menteri PP Kini Sarang Pelacuran ?!!! banyak pihak yang melahirkan keresahan mereka khususnya tentang bagaimana terbukanya aktiviti tersebut dijalankan.
Dengan kegiatan yang terbuka sebegitu dikhuatiri ianya mampu merosakkan anak-anak muda khususnya di kawasan Seberang Perai Pulau Pinang.Tidak dinafikan dari pemantauan yang dilakukan oleh skuad MMI terdapat juga golongan dewasa yang turut mencari kepuasan malam tanpa mengira had umur termasuklah yang dah tua bangka.
Sehingga entri ini ditulis aktiviti tersebut masih berjalan seperti biasa dan bagi membuktikan ianya sememangnya berlaku skuad MMI telah melakukan Ops Terjah 2 dan kepada ampa semua saksikan sendiri bagaimana rakaman yang dibuat jelas memperlihatkan berlakunya aktiviti perdagangan seks di kawasan tersebut.
Eksklusif untuk ampa semua Mama Bosan Penghuni Lorong Gelap....
Bayangkan dengan RM30 dalam masa 10 minit rasanya ia mampu dibayar oleh sesiapa saja waima golongan muda dan inilah yang membimbangkan kita.
Dalam soal ini sekali lagi MMI mencari jawapan kepada persoalan tentang dimana ADUN kawasan ? Di mana Majlis Agama Islam Pulau Pinang ? Salleh Man buat apa ? Ramasamy kenapa diam ?
Apakah ini yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat ? Dalam Ops Terjah yang dilakukan jelas sekali slogan CAT yang digunakan oleh Guan Eng hanyalah sekadar gula-gula bagi memancing sokongan rakyat tetapi dalam kes ini yang kelihatan hanyalah KUCING-KUCING yang berkeliaran di kaki dan betis penghuni lorong gelap.
Kalau di himpunan BERSIH Unit Sengal PAS boleh hadir dan membuat benteng berdemontrasi mengapa agaknya dalam hal seperti ini Unit Sengal PAS diam membisu seribu bahasa ? Bukankah mereka hari ini bersama kerajaan negeri ?
MMI.
No comments:
Post a Comment