Followers

Friday 1 February 2013

PILIH BULU DAPigs Kena Balun Lagi !!


Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim percaya bahawa tindakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke untuk menawarkan kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin untuk menjadi calon pilihan raya mendapat restu kepimpinan tertinggi parti itu.

Tanpa persetujuan daripada pimpinan seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh ataupun Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, Tunku Aziz berpendapat tidak mungkin Loke akan bertindak sedemikian.

Beliau turut tidak menolak bahawa DAP mempunyai agenda tersembunyi dengan membuat tawaran tersebut di mana katanya melibatkan soal kepentingan negara.

“Tawaran yang dibuat DAP kepada Tunku Abidin bukan sahaja melibatkan kepentingan awam, tetapi juga kepentingan negara.

“Inisiatif Loke untuk membuat tawaran demi tawaran kepada Tunku Abidin itu tidak mungkin dibuat sekiranya tidak mendapat kebenaran (veteran DAP) Lim Kit Siang, Lim Guan Eng and Karpal,” katanya hari ini.

Tambah beliau, perkara tersebut diperkuatkan lagi dengan keadaan di mana sehingga kini, Loke yang juga ahli Parlimen Rasah itu tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin oleh parti sedangkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy yang dituduh menawarkan slot untuk menjadi calon kepada beberapa individu telah dikenakan tindakan.

Ini katanya jelas menunjukkan sikap ‘pilih bulu’ parti dominasi kaum Cina itu.

“Walaupun perkara ini telah menjadi buah mulut masyarakat, Loke masih terlepas daripada sebarang tindakan disiplin.

“Sebaliknya, ketika Prof Ramasamy dituduh menawarkan slot menjadi calon kepada beberapa individu, beliau digelar ‘War Lord’. Beliau telah diheret mengadap jawatankuasa disiplin parti. Ini jelas ‘double-standard,” tegas beliau.

sumber antarapos

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels