Followers

Friday, 1 February 2013

Semuanya Kerana TEKNIKAL !!


Kadang-kadang kita hairan bagaimana seorang pemimpin yang dulunya pernah menuduh seorang pemimpin lain sebagai Al-Juburi boleh pula duduk bersama dan berjuang bersama.Malah jika melihat kepada bermulanya istilah Al-Juburi itu jelas sekali kedua-duanya bukanlah seteru yang baik.Itu belum masuk bab Karpal Singh lagi..

Masing-masing berhujah dan mempertahankan diri masing-masing.Namun itulah politik , dulu musuh kini sahabat dan jawapan mudahnya kerana kuasa dan dendam segalanya dihalalkan.

Pasti semua sudah sedia maklum tentang kes liwat yang melibatkan Anwar dengan pihak-pihak terlibat.Kecoh seluruh negara malah bukan setakat kecoh dilaman-laman media ianya turut menyaksikan sebahagian juak-juak yang berjaya dipesongkan oleh Anwar untuk turun ke jalan raya bahkan berhimpun atas nama keadilan bagi menuntut pembebasan Anwar.

Macam biasa segala perancangan diatur dan disusun bagi memastikan Anwar dibebaskan sampaikan ada bom tetapi mujurlah ianya tidak menjadi kalau tidak sudah tentu UMNO dan kerajaan akan dipersalahkan.

Walaupun pelbagai pihak menantikan keputusan kes liwat Anwar dengan penuh minat tetapi keputusan beliau dibebaskan diterima dengan baik oleh semua jentera UMNO dan Barisan Nasional.Itu keputusan mahkamah maka kita sebagai rakyat menerimanya walaupun pembebasan itu adalah kerana teknikal.

Tetapi lain pula dengan juak-juak Pakatan Haprak terutamanya PAS kerana kegembiraan dengan pembebasan ini telah menyebabkan mereka lupa kenyataan dan hakikat sebenar.

Juak-juak dan pemimpin PAS sekali lagi membutakan mata serta hati menerima keputusan Anwar dibebaskan tanpa mengambil kira ianya adalah kerana masalah teknikal dan bukannya keputusan menyanggah atau menyebut perlakuan liwat itu tidak berlaku.

Mengapa semua itu berlaku ? kerana mereka (PAS) pernah melakukan perkara yang sama dalam kes melibatkan Mat Sabu yang kini diangkat sebagai Timbalan Presiden parti.

Pasti ramai yang masih ingat tentang kejadian tangkapan khalwat Mat Sabu di bilik 121 bersama isteri orang di Hotel Perdana.Percaya atau tidak tangkapan itu dilakukan oleh Pegawai Pencegah Maksiat dan anggota Polis yang sememangnya menyerbu bilik yang dimaksudkan.

Berikut adalah kronologi kejadian tangkapan Mat Sabu dan Normah ,

Penangkapan Mat Sabu dan pasangannya Norma Abdul Halim menjadi maklumat semasa yang ingin diketahui oleh pelbagai lapisan masyarakat. Masing-masing membuat pelbagai andaian terhadap penangkapan itu, ada yang positif dan tidak kurangnya juga yang negatif berhubung dengan kes ini. Semakin banyak andaian dibuat apabila perbicaraan yang sepatutnya berjalan setiap hari terpaksa ditangguhkan dari semasa ke semasa oleh pihak pendakwa dengan alasan siasatan mereka belum selesai untuk mengumpul fakta-fakta perlu. Berikut disiarkan urutan peristiwa penangkapan Mat Sabu-Norma berdasarkan maklumat bertulis yang ada dalam simpanan pihak pendakwa Mat Sabu: 

31hb Januari 1995, jam 2.40 pagi:

Mat Sabu telah check in di kaunter reception Hotel Perdana. Ketika itu hanya seorang petugas saja bertugas di kaunter berkenaan. Selepas mendaftar, petugas itu meminta Pengawai Kanan Keselamatan menunjukkan bilik 121 di tingkat satu kepada Mat Sabu.

 Jam 9 pagi: 

Seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor yang berpakaian preman bersama seorang rakannya telah menemui Senior Receptionist yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian telah meminta senarai penginapan tetamu. Satu salinan senarai penginapan tetamu telah diserahkan oleh Senior Receptionist kepada Inspektor berkenaan. Tindakan itu dikatakan biasa dilakukan oleh pihak hotel apabila dikehendaki oleh polis. Selepas menerima salinan senarai penginapan tetamu, Inspektor berkenaan dan rakannya beredar ke Coffee House. Pegawai polis itu kemudian memesan minuman panas. Sambil menikmati minuman, Inspektor itu seolah-olah berada dalam keadaan memerhati sesuatu. Keadaan itu diperhatikan oleh seorang Waitress Coffee House yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian meninggalkan Coffee House itu secara tergesa-gesa tanpa menghabiskan minumannya.

 Jam 10 pagi: 

Mat Sabu dilihat pulang ke hotel bersendirian dengan memandu kereta berwarna biru. Ia disedari oleh Bellboy yang bertugas ketika itu. (Dia dikatakan keluar dari biliknya kira-kira jam 7.30 pagi). 

Jam 10.10 pagi: 

Iaitu selepas lima minit Mat Sabu masuk ke biliknya, seorang Housekeeping Supervisor hotel yang secara kebetulan berada di hadapan bilik 128 di tingkat satu untuk membuat pemeriksaan bilik telah terserempak dengan seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang berpakaian serba hitam iaitu seluar, baju dan tudung sedang menekan loceng bilik 121. Tanpa mengesyaki sesuatu, Housekeeping itu meninggalkan tempat berkenaan dan waktu itu, wanita berpakaian serba hitam masih berada di depan pintu bilik 121. 

Jam 10.15 pagi: 

Seorang Room Steward yang sedang mengemas bilik 128, telah didatangi oleh dua orang anggota polis berpakaian preman. Polis itu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa. Mereka bertanyakan kepada Room Steward sama ada dalam bilik 121 itu ada tetamu atau tidak. Room Steward kata mungkin ada, mungkin juga tidak ada dan berkata, mengikut senarai penginapan tetamu, tetamu bilik 121 akan check out pagi itu. Bagaimanapun, polis meminta Room Steward membuka pintu bilik 121, tetapi Room Steward enggan kerana peraturan kerja tidak membenarkan petugasnya berbuat demikian. Anggota polis itu terus mendesak dan Room Steward akhirnya akur dan menghampiri bilik 121. Beliau menekan loceng bilik sebanyak tiga kali, tetapi pintu tidak dibuka. Beliau kemudian cuba menggunakan kunci pendua dan belum sempat kunci itu dimasukkan, tiba-tiba pintu bilik 121 dibuka oleh seorang tetamu dari dalam. Ketika itu, tujuh orang iaitu Pegawai Pencegah Maksiat yang bersembunyi tiba-tiba menyerbu masuk ke bilik berkenaan bersama anggota polis. Tidak lama kemudian kumpulan pihak berkuasa itu membawa turun Mohamad Sabu dan Norma. 

Jam 10.50 pagi: 

Mat Sabu turun dari biliknya untuk menjelaskan bil penginapan. Bayaran telah diterima oleh seorang Cashier bertugas. Pada waktu itu Mat Sabu kelihatan tenang tanpa menunjukkan sebarang reaksi berhubung dengan penangkapan beliau. Pada waktu itu juga tidak ada sesiapa bersama beliau. Sekumpulan pihak berkuasa berada agak jauh sedikit dari Mat Sabu untuk menutup keaibannya dan tidak mahu orang ramai tahu mengenai peristiwa yang berlaku ke atas Mat Sabu dengan Norma. 

Jam 11 pagi: 

Mat Sabu dilihat berligar sekejap di lobby hotel. Kumpulan pihak berkuasa sudah menunggunya di luar hotel dan terus mengiringi Mat Sabu ke keretanya. Kejadian itu disedari oleh seorang Bellboy. Pagi 1 Februari 1995: Berita mengenai penangkapan Mat Sabu dengan suri rumah, Norma Abdul Halim disiarkan oleh akhbar-akhbar harian utama dan masih menjadi bahan berita utama sehingga sebulan lamanya.

Nota:
Kes ini digugurkan kerana masalah teknikal iaitu terdapat percanggahan nombor bilik.sumber 

Lagi masalah teknikal ! Dan untuk makluman semua selama ini para juak PAS dan Pakatan Haprak yang mendewakan pemimpin - pemimpin ini telah pun menafikan secara total undang-undang yang mereka sendiri mahu laksanakan apa lagi kalau bukan HUDUD.

Memberikan sokongan malah mengangkat pemimpin yang sememangnya mempunyai masalah moral sebegini sebagai pemimpin utama parti sudah menjelaskan siapa Pakatan Haprak sebenarnya.

Kepada semua bandingkan kes diatas dengan kes melibatkan Hasan Ali dan Nasharudin ?

Apakah Pakatan Haprak khususnya PAS benar-benar meletakkan perjuangan Islam sebagai keutamaan perjuangannya ? 

Hati-hati dengan perjuangan songsang ini kerana mereka (Pakatan Haprak) hari ini sanggup melakukan apa saja demi menagih sokongan dan mencari kedudukan menguasai negara dengan apa cara sekalipun.

Perubahan kerajaan negeri Perak yang kembali kepada Barisan Nasional adalah kerana teknikal dan perubahan ini ditentang habis-habisan oleh juak-juak Pakatan Haprak termasuklah juak PAS yang sanggup berbaring diatas jalan menahan kereta Sultan Perak.

Namun dalam isu Anwar dan Mat Sabu kesemua mereka berdiam diri malah melonjak-lonjak kegirangan dengan keputusan teknikal yang diumumkan.

Pelik bukan ??

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels