Followers

Thursday 28 February 2013

PR Kini Mula Main KOTOR !!


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa 'bermain kotor' menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila dikatakan menggunakan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengganggu persiapan jentera Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd. Iszeham Hamid mendakwa, kerajaan Selangor menggunakan kuasa PBT untuk menyita kabin yang dijadikan bilik gerakan BN.

"Kabin itu disewa untuk dijadikan bilik gerakan, dan diletakkan di kawasan hadapan rumah telah ditarik oleh PBT pada waktu awal pagi," katanya dalam mesyuarat Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN itu di Pandan, Ampang dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi atau bilik gerakan BN yang ditarik mahupun PBT terbabit.

Beliau turut mendakwa, BN tidak dibenarkan memasang bendera parti di kawasan dan jalan yang ditadbir PBT di negeri ini sedangkan bendera parti pembangkang berleluasa di lokasi tersebut. - UTUSAN

Bukan di Selangor saja Pulau Pinang pun sama..Puak-puak ni memang "Double standard" habis di kerah pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran untuk buat kerja-kerja tu semua..Paling celaka di Pulau Pinang pantang ada bendera UMNO dan BN mesti puak-puak ni sampai punya.Kebanyakkan yang kena kerah ni bangsa Melayu jugalah..

Yang pemimpin kat atas tu goyang kaki minum sirap limau...

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels