Followers

Wednesday, 13 February 2013

The Battle Has Begun !! Najib Crush DAP Stronghold When Anwar Try To make Their Last Stand


Bersemangat betul dengar tajuk tu hehe macam dah pilihanraya.Tapi hakikat sebenar memang macam tu lah sebab pertembungan dua parti politik gergasi negara kini sudah mula memasuki fasa akhir dan pertempuran politik hampir pasti tidak dapat dielakkan lagi.

Malah dalam beberapa siri gerak kerja YAB PM jelas sekali beliau begitu bersungguh-sungguh turun ke setiap kawasan bertemu rakyat.Terbaru dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang anjuran Barisan Nasional Negeri lebih dari 80,000 rakyat berjaya dihimpunkan.

Sambutan yang sebegitu rupa merupakan isyarat jelas kepada pembangkang walaupun ada pihak-pihak tertentu yang menyatakan kehadiran rakyat hanyalah untuk melihat persembahan Psy artis terkenal dari Korea.

Sesuatu yang perlu ampa semua tahu adalah kesungguhan dan komitmen Barisan Nasional memberikan yang terbaik kepada rakyat Pulau Pinang dan kali ini dalam Sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional menganjurkan majlis mega khusus untuk warga cina.

Walaupun penampilan Psy bukannya diatas bayaran dari kerajaan Barisan Nasional tetapi atas daya usaha Pengerusi Barisan Nasional Teng Chang Yeow yang merupakan rakan baik kepada bos sebuah syarikat korporat bernama Mega Ultimate , Psy dibawa ke Pulau Pinang bagi membuat persembahan khusus sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Malah menurut Teng Chang Yeow , rakan baiknya itu memberikannya pilihan sama ada mahu membawa Justin Bieber atau Psy ke Pulau Pinang sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

MMI bukan mahu membodek Teng Chang Teow mahupun YAB PM kerana kedua-duanya bukanlah rakan karib MMI tetapi rakyat Pulau Pinang khususnya warga cina seharusnya berterima kasih kerana bukan semua warga cina yang meraikan Sambutan Tahun Baru mendapat peluang sebegini.

Selain dari itu media Singapura juga memuji tindakan dan program tranformasi yang dibawa oleh kerajaan di bawah pimpinan YAB PM malah dalam temubual yang dijalankan oleh media itu sendiri rata-rata rakyat berpuas hati dan melihat komitmen kerajaan Barisan Nasional begitu tinggi kepada rakyat.

  

Barangkali kerana laporan semacam inilah yang membuatkan DAPigs dan juak-juak pembangkang semakin mengelupur kerana segala kerja jahat mereka kini terburai malah langsung tidak memberikan impak kerana rakyat diluar sana tahu dan sudah faham benar dengan sikap juak-juak pembangkang yang saban hari cuba melakukan sabotaj serta pembohongan demi meraih simpati rakyat.

Seperti biasa dalam satu-satu pertempuran sudah semestinya pihak yang diserang akan cuba untuk menyerang balas@counter attack dan inilah yang dilakukan oleh pihak pembangkang bila mana Anwar dengan serta merta diturunkan ke Pulau Pinang.

Boleh tahan juga counter attack ni ratus ribu rakyat hadir tak percaya tengok gambar kat bawah ni ,,



Macam yang MMI kata perang dah mula dan kini di fasa akhir jadi kepada rakyat jangan silap buat pilihan.Bukan soal Psy atau sapa-sapa tapi perlu fikirkan tentang masa depan negara kerana negara yang dipimpin oleh kerajaan yang stabil dan kuat akan mampu membawa negara dan rakyatnya terus mencapai kemakmuran dan kejayaan.

Semua itu ada pada Barisan Nasional..So lets Vote For BN , Today Tomorrow and Forever !!

MMI.

2 comments:

  1. Anuwar bawa politik benci dan dendam serta politik kotor yg akan membawa malaysia kepada kehancuran dan kemunduran. Dia juga bawa politik camaleon, depan cina cakap lain, depan india cakap lain, depan melayu cakap lain depan orang sabah dan sarawak cakap lain. Yg sama bila cakap dengan yahudi dan sponsors dari barat. TOLAK anuwar untuk masa depan malaysia yg lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Penyokong PR nih cukup percaya kata2 AnuWar.. Di Selangor 'Manifesto bkn Janji'.. amik kaw.. Undi lagi pada PR..

    ini kali lah PR.. Bye2..

    zoRRo...

    ReplyDelete

Labels