Untuk menegur kita mesti sedia di tegur , untuk mengajar kita mesti sedia diajar itu antara kata-kata keramat yang MMI selalu tanamkan dalam diri dalam apa saja keadaan.Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan kerana kesilapan jugalah kita bangun belajar dan berdiri atas kaki sendiri.
MMI antara rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan bumi tercinta ini.Malah dalam beberapa keadaan kita sering saja menyusun sepuluh jari menandakan betapa lemah lembut dan bermurahnya kita sesama rakyat.
Pasti ramai yang pernah melihat betapa rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama sama-sama berganding bahu membantu mereka-mereka yang dalam kesusahan khususnya apabila melibatkan kemalangan jalanraya dan musibah yang sewaktu dengannya.Contoh seperti gambar di bawah ,
Rasanya tak perlu MMI ulas panjang lebar tentang gambar diatas ampa semua sudah boleh mencongak apa sebenarnya yang menjadi keutamaan si apek berpayung tersebut apabila meriba seorang anak muda berbangsa Melayu serta menggengam tangan anak muda berkenaan.
Apakah si apek tua itu sedang berkempen supaya anak muda tersebut selepas ini memilih parti politik tertentu ? Rasanya tidak , kerana yang menjadi keutamaan beliau adalah menyelamatkan mereka yang di timpa musibah.
Oleh kerana itu jugalah maka MMI mengambil kesempatan ini untuk memuat naik video yang sudah pasti memberikan impak kepada MMI sendiri yang berkisar kepada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini.
Kiranya ada mana-mana pihak khususnya dari Barisan Nasional sendiri yang mahu mengutuk dan mengambil apa-apa tindakan terhadap MMI dipersilakan kerana MMI melakukan semua ini demi kepentingan rakyat yang perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam Majlis tersebut merujuk kepada insiden Najib di boo oleh penonton sewaktu melaungkan "Are You Ready For BN" tempoh hari.
Video insiden Najib di boo dan sikap kurang ajar serta biadap juak-juak pencacai Pakatan Haprak
Persoalannya disini apakah mereka yang terlibat dalam insiden boo terhadap ucapan Najib merupakan rakyat keseluruhannya yang hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru tersebut ? Malah jika dikira dari sudut video ini diambil ianya jelas sekali merupakan satu perancangan yang sudah disusun supaya puak-puak ini berkumpul dalam satu tempat bagi memudahkan urusan cai-cai pembangkang menjalankan kerja-kerja sabotaj mereka.
Sekarang MMI bawakan satu lagi rakaman video dari sudut dan kawasan lain untuk ampa semua bandingkan.
Ada yang kata video ni "fake" tapi tak menjadi hal pada MMI kerana pembangkang pernah menganggap rakaman dalam video adalah besi buruk saja.
Apa pun MMI tak nafi tentang kehadiran juak-juak pembangkang pada Majlis Sambutan Tahun Baru tersebut malah turut disertai dengan unit medianya sekali sebab itu adalah perancangannya.
Apa tujuan sebenarnya ? TERGUGAT bro !! Jadi sesuatu perlu dilakukan..Line clear tak ada hal pun sebab yang hadir tu sama-sama nak menyemarakkan semangat 1 Malaysia.
Berbalik kepada tajuk kat atas sana noo , memang PANAZZZ sebab kawasan padang tersebut tak ada bumbung dalam masa yang sama memang Najib TENGKING tapi bukanlah menengking mana-mana pemimpin BN sebaliknya Najib perlu tinggikan suaranya sewaktu ucapan kepada 80,000 rakyat yang membanjiri Sek Tinggi Han Chiang.
80,000 orang yang hadir bro , cuba kira dan agak tengok berapa ramai puak yang kata noo tu...Juak pencacai pembangkang syok sendiri jaa..Tunggu PRU13 lah senang cita !!
MMI.
awat? hg ingat depa semua tok bomo ka depa boleh tau najib nak tanya are you ready for BN? orang tulis blog,hg pun nak tulis blog.
ReplyDeleteNote: pungkok aku dok gelak dkt hg..