Pada ketika kerajaan dan semua pihak di seluruh negara memberikan penumpuan terhadap insiden di Lahad Datu masih terdapat saki baki mereka di luar sana yang mengambil peluang ini untuk mencari keuntungan politik semata-mata.
Malah semenjak insiden Lahad Datu tercetus , media-media pro pembangkang dilihat turut sama bekerja keras malah kadang kalanya dilihat lebih hebat dari tindakan pasukan keselamatan sendiri.
Sumber yang entah kemana dan sikap menjadikan balun dulu cerita kemudian menjadi amalan dan etika yang cukup baik buat semua media pro pembangkang.
Antara yang menjadi isu besar pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh media pembangkang adalah :
1. 'Sultan Sulu' adalah ahli UMNO
2. Gambar DS Najib Razak bersama 'Sultan Sulu'
Tuduhan yang mengatakan Sultan Sulu adalah ahli UMNO iaitu merujuk kepada Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, seorang ahli UMNO yang di canai oleh media pembangkang ternyata memakan diri mereka sendiri.
Pembohongan ini didedahkan oleh Mohd Akjan sendiri di dalam media. Malah, beliau telah membuat laporan polis ke atas pembohongan tersebut.
As Mohd Akjan moved to clear the air over the controversy, his close aides lodged a police report for alleged slander against him to counter reports that had been made over his alleged installation as the Sulu Sulta.Mohd Akjan said he was born in Kampung Limau Limaun in northern Kudat and is a Malaysian.“If I accept the Sultan of Sulu position in November, I will have to give up my Malaysian citizenship. I have not gone crazy as claimed by some of my critics. I am fully aware of what I am doing,” he added.
Begitulah sikap media pembangkang yang sering melakukan fitnah serta tuduhan melulu dan seperti yang MMI catatkan diawal tadi mereka lebih suka mengamalkan konsep balun dulu cerita kemudian.
Memang bangsat puak-puak ni..
Lihat gambar dan kenyataan diatas yang dimainkan dalam media pro pembangkang ini ! Secara jelas sekali mereka dengan sembrono cuba menghasut rakyat supaya termakan dengan fitnah mereka supaya UMNO terus-terusan di persalahkan.
Berikut adalah perkara sebenar yang tidak dilaporkan oleh media pembangkang ,
Gambar asal di atas yang diambil oleh Reuters ialah DS Najib Razak bersama Al Haj Murad, Pengerusi Moro Islamic Liberation Front (MILF).
Manakala Gambar di bawah ialah Jamalul Kiram 111 yang sebenarnya :
Sehingga ke saat ini, masih ada pihak yang keliru dengan perbezaan di antara Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan Moro National Liberation Front (MNLF).
Oleh kerana bilangan mereka yang merupakan majoriti di Selatan Filipina, MILF terlibat di dalam perjanjian damai dengan Filipina baru-baru ini manakala MNLF dikaitkan dengan dalang pencerobohan di Sabah.
Berhati-hati dengan setiap maklumat dan berita yang disampaikan oleh juak-juak pembangkang kerana mereka sebenarnya bukan berdepan dengan penceroboh tetapi cuba mengaut untung hasil daripada pencerobohan ini bagi menimbulkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan dan UMNO.
Seperkara yang perlu diingat adalah kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sedang berusaha bersungguh-sungguh bagi menangani insiden ini tetapi apa yang dilakukan oleh barisan pimpinan pembangkang termasuk juak dan macai-macai mereka ?
Berdasarkan dua perkara diatas jelas sekali fitnah yang dilakukan oleh media pembangkang sama hebatnya dengan keganasan penceroboh di Lahad Datu.
Psstt kalau macam tu pembangkang dengan penceroboh ni lebih kurang sama lah..Ayuh semua pengamal media kerajaan sama-sama kita perangi serangan penceroboh maya ini.
sumber Dr MiM
MMI.
mereka ni duri dalam daging. Moga dibukakan hati dan diberikan hidayah oleh Allah s.w.t
ReplyDelete