Semacam satu perasaan sebak dan bangga apabila MMI melihat gambar diatas.Kagum diatas semangat yang ditunjukkan oleh veteran polis tersebut dan paling menyentuh perasaan apabila beliau langsung tidak menghiraukan orang lain kerana MMI yakin dalam batang tubuh yang kini sudah di makan usia jiwanya masih kental sebagai seorang anggota polis.
Persoalannya apakah anak muda hari ini mempunyai semangat dan berjiwa kental seperti mana mereka-mereka yang terdahulu ?
Bukan bermaksud untuk menghina generasi muda hari ini namun hakikatnya ada segelintir daripada mereka di luar sana yang langsung tidak ada rasa hormat malah menuding jari dan menghina pula para anggota keselamatan negara.
Untuk itu MMI mahu mengajak semua untuk sama-sama kita imbas kembali satu insiden yang pernah menggemparkan negara satu ketika dulu yang turut melibatkan anggota keselamatan negara.
Insiden Memali yang selama ini sering dimomokkan oleh pembangkang bahawa pasukan keselamatan negara bertindak ganas dengan menyerang orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita jelas merupakan satu pembohongan kerana kebenarannya mereka dijadikan sebagai perisai oleh Ibrahim Libya dan pengikutnya.
Malah pasukan keselamatan negara bertindak dengan penuh kesabaran dan tenang mengawal situasi sehinggalah pengikut-pengikut Ibrahim Libya sendiri yang bertindak agresif sehingga boleh mendatang bahaya kepada pasukan keselamatan.
Lihat juga bagaimana orang-orang kampung di tanam dengan ajaran yang jauh menyimpang daripada kehendak agama Islam itu sendiri.
AMANAT HAJI HADI jelas terpampang di dinding madrasah Ibrahim Libya dan mereka didedahkan dengan pengaruh PAS, Syiah di Iran & Muammar Ghadafi dari libya hingga terpesong daripada pegangan agama Islam itu sendiri.
Dalam temubual dengan bapa Ibrahim Libya , beliau menyatakan tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar bernama Mat Hassan yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Malah Bapa Ibrahim Libya sendiri menyatakan beliau tidak akan mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.
Begitulah kisah sebenar insiden MEMALI yang selama ini sering dimomokkan oleh PAS sebagai medan anggota keselamatan membunuh orang awam yang tidak berdosa.
Sejak dari dulu lagi PAS sebenarnya sudah melakukan penipuan demi kepentingan politik mereka.
Untuk lebih jelas ampa semua boleh terus membaca laporan yang dinamakan Kertas Putih menceritakan secara terperinci insiden yang berlaku di Memali dan ianya dibentang & disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS & pembangkang sendiri.
Ada dua perkara yang MMI mahu berkongsi di sini,
Pertamanya lihatlah bagaimana keterlibatan PAS yang jelas merupakan pencetus kepada insiden Memali melalui dakyah dan amanat Haji Hadi sendiri.
Keduanya apakah ianya masih menjadi kesalahan anggota keselamatan yang sebenarnya langsung tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kekalutan mahupun kecederaan sekiranya Ibrahim Libya menyerah diri.
Seperkara yang kita harus ingat PAS dan barisan Pakatan Hapraknya cukup bijak untuk meletakkan setiap kesalahan itu kepada orang lain sedangkan hakikatnya apa yang berlaku di Memali adalah berpunca daripada dakyah yang dibawa oleh Pasti PAS sendiri.
Malaysia bakal berdepan dengan pilihanraya sedikit masa lagi , Apa anda semua masih mahu memilih PAS dan sahabat sesyurganya menjadi pemimpin kita ? Pakaian sahaja tidak cukup untuk meletakkan seseorang itu sebagai ulama mahupun mereka-mereka yang mengaku sebagai cerdik pandai Islam , ianya jauh lebih besar dari itu dan mudah dilaksanakan iaitu cukup apabila kita mempunyai jatidiri dan IMAN yang teguh.
PAS ternyata SESAT dan MENYESATKAN !!
No comments:
Post a Comment