Followers

Wednesday 6 March 2013

Ops Daulat Di Perluaskan , 4 Di Tahan Setakat Ini !!


Sehingga saat ini operasi mengeledah mencari saki baki kumpulan pengganas masih di teruskan oleh pasukan keselamatan negara.Mereka kini bersedia meningkatkan operasi pemeriksaan di Kampung Tanjung Batu di Tanjung Labian, yang dikatakan menjadi lokasi persembunyian pengganas Sulu.

Usaha memburu saki baki kumpulan pengganas Sulu yang sebelum ini dalam sekitar empat kilometer persegi di kampung Tanduo, diperluaskan hari ini melibatkan beberapa kawasan yang telah dikenal pasti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, zon menggeledah sebelum ini pihak keselamatan mengesan pergerakan pengganas yang menuju ke kawasan tertentu dan operasi menggeledah terpaksa diperluaskan.

Bagaimanapun katanya, orang ramai tidak perlu cemas kerana pihak keselamatan negara sentiasa bersiap siaga menjaga keselamatan penduduk di kawasan ini.

Dalam masa yang sama Pasukan keselamatan menahan empat lelaki dipercayai pengganas Sulu di sebuah kampung di sini hari ini.

Penahanan itu dilakukan dalam operasi antara pukul 11 pagi hingga 1 petang tadi.




Buat muka sedih pula , ini pun kira baguslah sebab kita tangkap ja kalau ikut MMI maunya di potong-potong jadi lapan !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels