Followers

Thursday 7 March 2013

Hati-Hati Perangkap Penceroboh !!!

Gambar Hiasan
Sebelum ampa semua kata apa-apa adalah lebih baik baca dulu apa yang MMI nak tulis.Seperti semua sedia maklum insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah sudah pun hampir sebulan lamanya.Bermula dengan berita kemasukan pendatang asing lengkap bersenjata sehinggalah ianya menjadi medan peperangan diantara pengganas dengan pasukan keselamatan negara.

Hampir pasti semua yang membaca tidak pernah menjangka situasi di Lahad Datu akan sampai ke tahap ini.Malah situasi dan gambar anggota keselamatan yang gugur,jet tentera berterbangan di udara melepaskan pelurunya bukanlah situasi yang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia.

Begitu jugalah dengan gambar-gambar mayat-mayat pengganas yang dtembak mati oleh anggota keselamatan negara selalunya semua itu hanya dapat dilihat di kaca tv dan ianya berlaku di negara-negara lain bukannya Malaysia.

Apa pun yang berlaku , ianya sudah menjadi catatan sejarah buat Malaysia , cumanya sebagai rakyat MMI bersyukur kerana sejak semalam tiada lagi kedengaran anggota keselamatan kita menjadi mangsa penceroboh.

Namun ada sesuatu yang bermain di fikiran MMI , kemana menghilangnya penceroboh-penceroboh lainnya ? Jika mengikut daripada laporan awal dianggarkan hampir 200 orang telah menceroboh ke Lahad Datu melalui jalan laut.

Setelah pihak tentera Malaysia diminta untuk masuk dan membantu pasukan polis dalam menangani konflik ini satu operasi dinamakan Ops Daulat dijalankan , nampaknya ia berjaya tetapi kemana menghilangnya penceroboh-penceroboh tersebut selain dari gambar 9 mayat penceroboh yang ditemui.

Adakah mereka sudah hancur dek penangan bom-bom yang digugurkan ? Apakah mereka sudah terkorban dan ianya tidak dihebohkan oleh pihak keselamatan negara ? Atau sebahagiannya melarikan diri ?

Logik akal MMI menyatakan ini satu perangkap kerana mereka ini tiba-tiba hilang !! 

Melalui berita yang dilaporkan jelas menunjukkan ada diantara penceroboh-penceroboh ini tidak lagi berpakaian tentera sebaliknya seperti orang awam.

Maka MMI mahu berpesan kepada para wira negara yang kini di perbatasan berhati-hatilah dengan suasana  di sana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Macam gambar diatas sekali tengok ianya cuma seksi tetapi sebaliknya tahukah kita apa yang difikirkan dan apakah yang beliau mahu lakukan ?

Begitulah juga dengan penceroboh ni , mereka barangkali sudah bertukar menjadi rakyat Malaysia dan sudah tentu ianya rumit dan menyusahkan.

Gambar sekadar hiasan
Hati-hatilah dengan sebarang perangkap yang mungkin disusun oleh penceroboh-penceroboh ini bagi mengaburi mata anggota keselamatan kita.

MMI amat khuatir sekali kerana di belakang penceroboh ini berdirinya mereka yang bijak melakonkan watak masing-masing. 

Kepada semua (anggota keselamatan) tahniah dan terima kasih kepada kalian kerana melindungi kami rakyat biasa warga Malaysia.

MMI.

6 comments:

  1. cuak aku tgk makcik bersniper tu

    ReplyDelete
  2. Aku pun ada terfikir tentang SAKI BAKI LANUN LANUN TU. MANA PERGINYA MEREKA? Adakah mereka sudah menyusup dan menyamar menjadi orang awam tempatan? Saya khuatir ada yang memang sudah mendapat kerakyatan Malaysia, TAPI BELOT DAN MEMBANTU SERTA MENJADI SEBAHAGIAN DARI LANUN LANUN TERSEBUT.
    Jangan salah faham.... saya tak syak semua yang berketurunan Sulu macam tu .... segelintir aje.

    ReplyDelete
  3. Sbb tu ATM & PDRM buat mopping out mencari senjata2 yg disembunyikan. Diorg dah jangka penceroboh akan tukar taktikal dgn menyamar sbg org awam. Di samporna pun penceroboh yg terbunuh semuanya berpakaian biasa (sila lihat gambar2 di blog2).

    Confirm separuh dari penceroboh ada dikalangan 2000 yg dipindahkan dari Lahad Datu tu.

    Mereka disyaki akan berkumpul semula, tapi sekurang2nya tanpa senjata mereka takkan menyerang.

    PDRM & ATM tahu ini bukan perkara mudah. Penceroboh akan mengambil masa mengumpul kembali senjata yg disorok. Tak mustahil lagi 2,3 bulan, ada balai polis diserang. Taktikal gerila ini akan membuat kita berperang dgn MNLF utk tempoh yg lama (selagi mereka dapat bantuan kewangan).

    Doakanlah kejayaan kita dalam mempertahankan tanahair, insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. hmm...
    klu la penceroboh mcm photo kat atas tu..
    haku pun nak ikut berjuang..
    xyah bagi uniform/senjata/ration pun xpe..
    cukup skadar berkain pelikat sj !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pula berkain cuking je.tak kain pulaikat.

      Delete
  5. Mereka ada dalam tanah, underground hideout.. macam tentera Polpot, macam komunis.

    Sesiapa yg pernah melawat tapak kubu komunis di Thailand dan muzeum perang yg memaparkan kekejaman Polpot di Kampuchea akan faham tentang cara perang gerila.

    Memang benar ada diantara mereka ni ialah rakyat Malaysia sendiri contohnya seorang dari ketua mereka adalah bekas ADO (penolong pegawai daerah di tahun 70'an di Sabah) tetapi telah dipecat dari perkhidmatan kerajaan.

    Di sinilah kesetiaan rakyat Sabah yang lain diperlukan oleh negara.

    Teringat zaman jepun dan zaman komunis dulu, tali barut sentiasa ada di kalangan orang kampung.

    ReplyDelete

Labels