Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini menjarakkan diri bersabit laporan yang dikeluarkan oleh lidah rasmi parti itu ‘KeadilanDaily’ mengheretnya ke dalam insiden menghina pasukan keselamatan negara di Lahad Datu.
Tian berkata demikian merujuk kepada artikel ‘Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno-Tian’ yang disiarkan portal berita berkenaan pada pada 1 Mac lalu.
Katanya lagi beliau hanya akan bertanggungjawab ke atas petikan ayat-ayat ketika dihubungi pemberita dan bukannya olahan penulisan yang dibuat oleh penyunting berita berkenaan.
“Saya hanya pegang pada apa yang saya cakap. Saya sebut tiga perkara. Pertama, kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.
“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihahannya.
“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya pada sidang media tadi.
Justeru katanya beliau tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap editor portal rasmi PKR itu sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk mengambil tindakan lanjut jika mendapati berita berkenaan mempunyai unsur-unsur fitnah.
Tian berkata demikian selepas dihujani serangan bertubi-tubi oleh rakyat umum sejak kenyataannya dikeluarkan dalam laporan KeadilanDaily.com.
“Saya dihubungi wartawan untuk komen tentang pencerobohan di Lahad Datu pada pagi 1 Mac ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku. Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media ‘black-out’ di Malaysia.
“Perenggan yang kemudiannya, sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia dinyatakan dalam konteks ada usaha setengah-tengah pemimpin BN dan blogger cuba kaitkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.
“Ia mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya dikirim oleh Datuk Seri Anwar ke Manila untuk berunding dengan MNLF. Juga ada dakwaan Anwar mendalangi peristiwa Lahad Datu. Segala ini telah disifatkan sebagai sandiwara oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain,” katanya lagi.
“Perkara ini dirumitkan lagi bila ada blogger UMNO termasuk Papagomo dan lain-lain rekakan berita bahawa saya berucap di Puchong menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dengan ayat ‘Komando Mati Katak’.Baca Sini
“Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua penulis yang menyiarkan beritar palsu ini untuk berhenti dalam 24 jam, dan saya akan hantar surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita palsu ini,” katanya.
Beliau selain itu berkata akan mengumumkan dalam masa terdekat peguam yang akan mewakilinya untuk diserahkan kes tersebut ke mahkamah bagi tujuan membersihkan namanya.
Untuk rekod, tindakan undang-undang itu diambil melalui Penasihat Undang-Undang Umno iaitu Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.
Notis telah dihantar kepada Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu menuntut supaya beliau berhenti membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu konflik di Lahad Datu
Tian turut mengesahkan beliau sudah menerima surat guaman tersebut.
Hebatkan Tian Chua ? kaki putar alam sama macam Anwar Ibrahim..Satu perkara yang agak menggelikan hati MMI adalah Tian Chua langsung tidak berniat untuk menyaman KeadilanDaily ! Kenapa ??
Bukankah apa yang digelar sebagai kesilapan itu telah menyebabkan imej Tian Chua tercemar ? Malah melalui sumber beliau sudah pun diugut bunuh !
Hairan bin ajaib apabila beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat saman tersebut sedangkan terang-terangan KeadilanDaily sudah melakukan kesilapan jika berdasarkan kenyataan Tian Chua.
Jangan lupa Anwar juga menyaman Utusan dan TV3 kerana melaporkan berita yang di tulis oleh media Filipina , lagi sekali hairan bin ajaib..Anwar saman , Tian Chua tak nak saman ??
Nampak sangatkan ??
MMI.
No comments:
Post a Comment