Followers

Sunday, 10 March 2013

Tu Dia Nik Aziz Pun Lidah Bercabang !!!


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya meletakkan sepenuhnya perihal royalti minyak kepada Jawatankuasa Khas Petroleum yang telah dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Nik Abdul Aziz sendiri telah bersetuju dengan jawatankuasa khas itu apabila turut meletakkan wakil beliau, justeru sebarang tindakan provokasi menggunakan sentimen rakyat tidak diperlukan.

"Menteri besar ini pada mulanya tidak setuju dengan jawatankuasa itu tetapi selepas itu bersetuju dan meletakkan wakilnya sendiri di dalamnya untuk bermesyuarat.

"Tetapi selepas itu, beliau melepaskan konvoi NGO-R di seluruh negeri termasuk Jeli apabila mereka pergi ke dua masjid, jadi persoalannya kalau anda seorang Menteri Besar sudah bersetuju dengan Pusat, ada wakil dan mesyuarat telah berlangsung kenapa masih mahu lancarkan konvoi NGO-R.

"Jadi kalau ada masalah kita bincang, kalau tidak setuju jangan timbulkan kemarahan rakyat, tak pasal-pasal rakyat marah pada Pusat, marah kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penjelasan Isu-Isu Semasa bersama penjawat awam di sini hari ini. - UTUSAN

Lama dah MMI dok kata Nik Aziz ni kaki putar belit , sekarang ni ampa tengok macam mana dia punya spin macam ni ke perangai ulama ? 

Minta maaflah MMI tak pernah panggil dia tok guru sebab guru dia ada etika , yang ni mungkin sebab kat depan ada "Tok" kot sebab tu jadi lagu tu...

Ada kawan bagitau tok guru pun bukan perangai macam ni , habis tu dia ni sapa ??? Ampa pikiaq tengok lah..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels